Aisyah gemarkan kucing. Binatang comel katakan. Kami tidak ada membela kucing. Di kampung, rumah atuk dan neneknya juga tidak ada membela kucing.

Hari sabtu, sempena cuti umum, kami ke belahan tampok, rumah nenek usu dan nenek angah. Saudara belah abah. Sudah lama tidak ke sini.

             

Ada 4 ekor anak kucing yang masih kecil. Aisyah memang tak senang duduk melihat anak kucing yang comel-comel dan dijinjit seperti mainan!

Garu-garu digigit nyamuk

Ini salah seekor anak kucing yang sentiasa mengekor ke mana Aisyah pergi. Sukalah dia, dapat main kucing sepuasnya. Dah nama kawasan kampung, nyamuk kampung memang banyak. Bintat-bintat badan. Hadiah menang giveaway bugslock belum terima lagi, kalau tidak, pasti sudah digunakan setika itu.

Mereka bukan orang senang, tetapi mereka sangat menghormati tetamu. Kami dihidang lauk seadanya. Tok usu sudah lama meninggal dunia, sewaktu anak sulungnya masih bersekolah menengah. Sekarang, 2 dari 5 orang anaknya sahaja yang masih belajar di IPTA. Dua orang anak daranya memiliki ijazah dari IPTA tetapi belum ada rezeki mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka, tetapi mereka tetap gigih bekerja di Senai.



Nota Kaki : Kisah mereka wajar dijadikan tauladan buat kita yang sering mengeluh dengan kehidupan kita.