Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Hanya RM3.50


Kos sara hidup semakin tinggi dari hari ke hari. Belum lagi GST dilaksanakan tahun depan. Sebagai pengguna, kita perlu bijak merancang kehidupan dan kewangan kita. Salah satu cara yang menjimatkan bagi kami adalah mencari kedai makan yang murah dan sedap.

Setiap kali lunch, kami akan tapau di Medan Selera Miel. Medan selera tersebut terletak di kawasan kilang-kilang dan pelanggan mereka terdiri daripada pekerja-pekerja kilang kawasan situ juga. Memandu lebih kurang 10 minit jugalah untuk sampai sebab perlu menempuh 2 trafik light. Lebih berbaloi dari makan di kedai makan lain.

Kami kerap tapau di satu kedai makan ni. Sudahlah masakannya kena pada tekak kami, harga pula murah. Manalah kami tidak ke tempat lain. Bawa bekal sendiri pun jadi malas.

Menu kegemaran kami ialah sambal tempe jawa. Ala yang tempe dipotong nipis-nipis, digoreng dan dibuat sambal kering manis-manis pedas tu. Siap beli lebih, ratah depan PC. Satu lagi, teh ais. Memang pekat, kaww sungguh. Hari-hari mau.

Teh ais kaww RM1.50


Nasi putih + ikan goreng (besar gak) + sambal tempe jawa + sayur = RM3.50 sahaja.


Makcik memang baik. Meletakkan harga yang murah pada kami. Tadi, masa tapau, makcik ada pesan dia akan cuti. Kedai akan dibuka semula pada hari rabu minggu depan.

Sempena hari jumaat, makcik beri 2 potong buah tembikai merah. Semoga rezeki makcik melimpah ruah. Amin.


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. murah la tu....ermmm dok memikir...GST rege mkanan tu akan sm atau naik...

    BalasPadam
  2. murahnya mar
    penuh tu pada harga rm3.50
    kat sini tak dapat, sekurangnya rm5.00
    teh ais pula biasa

    BalasPadam
  3. murahnya.. alise beli lauk 1 ayam sambal 1 dah rm3.50.. tak aci..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,
    harga tu sangat2 murah dah
    teh ais mana nak dapat rm1.50 sekarang ni
    moga makcik tu dimurahkan rezeki lagi..

    BalasPadam
  5. Murahlah tu,susahlah nak dpt hg nasi campur dgn ikan,sayur sambal tempe lg,RM3.50 camtu....

    BalasPadam
  6. hihi, mama belum try makan kat situ lagi mar... tapi murah memang berbaloi lah kan..

    BalasPadam
  7. Assalam mar,
    bestnya
    kalola dekat ofis iols jugak sob3

    BalasPadam
  8. @Mama Niza
    citu penuh dengan pekerja makan, tapau je leh la

    BalasPadam
  9. sgt2 murah...puas hati moga murah rezeki makcik tu...

    BalasPadam
  10. Murah sgt dah tu. Hari jumaat mmg akn ada peniaga bg free mknn. Sue biasa dpt free pisang tapau mknn hari jumaat dulu sewaktu bekerja :)

    BalasPadam
  11. Bagusnya..memang murah sangat..sebab kalau kat sini RM5.50 tak kurang..campur air je dah RM7..haihla nasib..huhuhu

    BalasPadam
  12. Memg brbaloi..sejak jdi surirumah ni.lya kna prktis pelbagai mskn.klau mkn kat luar rasa x brbaloi mhl kat sini

    BalasPadam
  13. Sedapnya sambal tempe goreng...dah lama tak makan tu..kat sini payah nak jumpa.

    BalasPadam
  14. Mar, kalau macam tu punya tapau kat Karyaneka berhampiran dengan office saya ni dah kena dalam RM6 atau RM7. Itu ikut mood akak tukang kira tulah. Teh ais pulak kalau bungkus harga RM1.70

    Sekali saya keluar makan memang RM10++ sebab saya selalunya ambil lauk ikan sup yang sama+kentang goreng bercili+sambal belacan dah kena RM9!

    Takda benda murah lagi bagi kami kat sini tau....

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code