Mencari kekuatan diri bukan semudah menutur kata-kata. Namun, dengan kata-katalah akan wujud satu kekuatan, membangkitkan semangat yang terperuk di dalam diri.
Bila dipandang dari sudut sebelah mata, blog ini seolah tiada makna. Follower tidak mencecah 1K, siapa mahu ambil endah. Sekali imbas sahaja sudah nampak perbezaan 600 dengan 6,000. Apatah lagi 60,000. Lain sangat decimal tu.
TAPI, sekurang-kurangnya saya masih lagi mampu melawat rakan-rakan lain meskipun tidak selalu, saya cuba juga. Sebab apa? SEBAB saya menghargai follower saya. Merekalah kekuatan saya untuk terus berblogging.
Entri juga cuba saya terbitkan setiap hari, agar konsisten. Saya akui, bukan mudah untuk memberikan komitmen terhadap blog. Ada kalanya, idea mencurah-curah. Ada kalanya, kontang. Dan paling menyakitkan hati bila kuota internet nyawa-nyawa ikan.
Saya mula melangkah satu tapak ke arah menjana pendapatan dengan menyediakan tapak iklan mini untuk disewa, review produk dan pengiklanan. Dan saya berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkannya.
Pinjam dari Google
Ada masanya juga terasa diri dipijak kerana ada yang tidak memahami konsep pengiklanan di blog. Ada juga yang tidak percaya, dan langsung tidak memberi peluang sedangkan pengiklanan di blog juga adalah salah satu cara yang efisyen untuk menyebarkan maklumat.
Terus terang saya katakan, saya respect blogger-blogger otai yang mempunyai ribuan, puluhan ribu follower tapi masih sudi singgah di blog saya ini. Tidak sombong. Tidak sekadar menerbitkan entri di blognya, tetapi tidak sudi membaca entri di blog-blog lain. Sedangkan semua orang tahu, golongan pembaca juga terdiri daripada golongan blogger juga.
Nota Kaki : Sedikit terkilan dengan mereka yang tidak memahami..
11 Ulasan
Tanpa folllower pgunjung sepila blog
BalasPadamalahai awat ni mar sedeh ja..cheer up okay..biasala tu jangan dihirau dengan unsur negative dari kiri kanan depan belakang.yang penting kita tau apa kita buat okay=)
BalasPadamKakcik berblog dah bertahun2 - 'pengikut blog kakcik baru 1K lebih sikit je. Pageview setiap hari pun jarang sampai 1K...tapi sebab kakcik dah minat menulis, kakcik terus sahaja menulis...:(
BalasPadamblog saya pun dah lama tak update, sibuk betul dengan kerja kt sekolah.huhu.Salah satu cara saya untuk pastikan blog saya sentiasa ada pelawat ialah buat entri yang berkaitan dengan info semasa, panduan dan disertakan juga penulisan dengan ciri seo.Sy tak berani harap follower akn setia jengah blog saya, sbb sy tahu masa sy utk blogwalking ke blog kengkawan sgt terhad..
BalasPadamjangan mudah mengalah.. insya allah awak berjaya nanti.. :)
BalasPadamsaya pun sangat susah nak cari masa utk BW sekarang..
saya yang pengikutnya sikit pon curi2 masa nak BW.. kesian datang rumah orang tapi tak melawat balik kan.. ade masa klik2 jugak.. sama2 blogging..
BalasPadamis ok mar
BalasPadampelan2 kayuh
biasalah jd blogger ni
bukan 24jam bloggingkan
apa yg mampu kita buat ok
rindu blog dulu2
giler tegar pukul 12-3pg bw
kwn2 pun join sekali bw tp skrg ntah mana diorg rindu diorg sgt2
#awakkatmana #awakkatmana #awakkatmana
yup follower adalah kekuatan kita kan..sy punya follower pon tak ramai hehehhe...
BalasPadamSaya baru nak bertatih.. Masih mencari ruang utk kenal lebih ramai blogger junior atau senior!
BalasPadamSalam kenal..
saya pun baru lagi dalam dunia blog ni.
BalasPadamkadang-kadang memnag tak sempat nak berbw setiap hari sebab kekangan masa
@Cik Matahariku
BalasPadamsetuju
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.