Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Imaginasi Seorang Kanak-kanak


Melihat gelagat si kecil bermain kadang kala mencuit perasaan. Ada sahaja ideanya. Bermain dengan periuk belanga, cawan, pinggan mangkuk, sudu dan yang ini tudung saji!

Ntah apa yang diimaginasikan hinggakan tudung saji itu pun boleh jadi bahan mainan. Mainan yang ada di dalam bakul tidak berusik. Diam di sudut dinding.


Mata tidak berkalih dari televisyen, menonton Hi-5. Sudah pandai menari seakan robot. Memang kelakar! Mungkin tudung saji dibuat untuk menampi beras atau melombong emas. Eh, slot Hi-5 ada tau lakonan seperti itu. Jangan tidak percaya.


Perasan diri itu kecil lagi hingga mahu memasukkan diri ke dalam tudung saji yang kecil itu. Akhirnya baru tahu, tudung saji merah hanya mampu memuatkan kakinya. Apa-apa sajalah wahai anak..




Nota Kaki : Baju yang dipakai Aisyah adalah pemberian "emak"nya..suka tengok dia pakai..

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Exactly macam anak Nad..
    Main sudu, senduk, mangkuk...mainan betul tak berapa nak sangat huhuh

    BalasPadam
  2. budak perempuan kot
    anak saya pun semua benda kat dapur dia angkut
    padahal mainan dia banyak =)

    BalasPadam
  3. Ank2 sue main smp jd tongkang pecah rumah.

    BalasPadam
  4. budak-budak ngan mangkuk penapis memang tk dpt dipisahkan hehe

    BalasPadam
  5. imaginasi anak2 memang tinggi...benda kat dapur lagi diarang suka main..kalau kat rumah barang hilang akak tanya Afif..sebab kadang2 dia tau..sebab dia yg amik!!

    BalasPadam
  6. budak2 baya mcm ni mmg suka bakul hahaha..anak2 el dulu kecik2 cam ni mmg suka main ngan bakul..tudung saji xde..bakul kain jd toy haha

    BalasPadam
  7. Assalam mar,
    betui3
    menan2 yang kita beli sat sajork deme main
    hat bukan menan tu yang suka sesangat deme main
    tupperware, kotak kosong, sudu, mangkuk, periuk belangan, paling peberet anak iols pun si TUDUNG SAJI itu he3

    BalasPadam
  8. Barang2 camnielah diorg suka main spt pinggan mangkuk,periuk dll....

    BalasPadam
  9. anak saya pulak, suka letak bakul atas kepala...hahaha

    BalasPadam
  10. budak-budak kan.. dunia nye unik.. kekadang diluar jangkaan kita yang dewasa ni hihi..

    BalasPadam
  11. Hihih...saji pun sajilah ye Aishah ek?

    BalasPadam
  12. Budak-budak ni memang tudung saji, bakul baju, dan yang seangkatannya mereka suka betul. Anak saya pun rajin sepahkan rumah. Suruh kemas je dia malas. Tapi perangai budak-budak ni comelkan walau apapun yang mereka buat!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code