Melihat gelagat si kecil bermain kadang kala mencuit perasaan. Ada sahaja ideanya. Bermain dengan periuk belanga, cawan, pinggan mangkuk, sudu dan yang ini tudung saji!

Ntah apa yang diimaginasikan hinggakan tudung saji itu pun boleh jadi bahan mainan. Mainan yang ada di dalam bakul tidak berusik. Diam di sudut dinding.


Mata tidak berkalih dari televisyen, menonton Hi-5. Sudah pandai menari seakan robot. Memang kelakar! Mungkin tudung saji dibuat untuk menampi beras atau melombong emas. Eh, slot Hi-5 ada tau lakonan seperti itu. Jangan tidak percaya.


Perasan diri itu kecil lagi hingga mahu memasukkan diri ke dalam tudung saji yang kecil itu. Akhirnya baru tahu, tudung saji merah hanya mampu memuatkan kakinya. Apa-apa sajalah wahai anak..




Nota Kaki : Baju yang dipakai Aisyah adalah pemberian "emak"nya..suka tengok dia pakai..