Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Karipap RM1


Pelbagai jenis karipap ada di jual di gerai ini. Gerai ini sememangnya glamer di kalangan kami. Kami menggelarnya karipap singgit. Saiz sedang-sedang dan berbentuk segitiga seperti samosa. Tapi, jangan salah sangka, bentuk sahaja seperti samosa, tetapi ia tetap KARIPAP.

Karipap inti kentang + ayam + telur = RM1

Karipap inti kentang + daging + telur = RM1.50

Karipap inti kentang + kambing + telur = RM1

Karipap inti kentang + sardin + telur = RM0.80


             

Yang saya beli, karipap berintikan kentang, ayam dan telur. Intinya sedap, rasa rempah dan manis-manis di campur dengan telur rebus yang dibelah 3. Seingat saya, karipap sebegini dijual dengan harga 50 sen sahaja, 5 tahun lepas. Eh...lama pulak 5 tahun sudah berlalu.

Lokasi gerai jualan adalah berdekatan dengan sekolah. Emm..tak pasti sekolah apa. Dan berada di kawasan permas, ala AEON Permas tu. Dekat-dekai situlah.


Terdapat gerai-gerai lain juga di situ. Ada gerai menjual pisang goreng, keledek goreng, kuih muih dan air kelapa. Ada juga gerai menjual makanan dalam bungkusan bajet, cuma RM1 sahaja tetapi memang sedap. Ramai yang sudah mencubanya.

Gerai karipap RM1 ini terletak di hujung sekali. Nampak tu, banyak sungguh burung merpati. Hairan sekejap, ambil gambar. 




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. nasib baik jauh . klu dekat sini , nak juga try ...

    BalasPadam
  2. macam sedap je kan kak... lapa plak mlm2 nie.. hihi

    BalasPadam
  3. Murah lgi mgenyangkn buat minum petang pun best

    BalasPadam
  4. lama x wat karipap nti nak wat try taruh telur pulak ekeke

    BalasPadam
  5. Sedap pulak tengok mlm2 ni.. menyelerakan.. :)

    BalasPadam
  6. karipap kentang sedap klu sardin sy tak bpa suka..

    BalasPadam
  7. nampak sedaplah
    kalau dekat sini harag karipap besar gitu
    lebih dari RM1, ada yang mencecah RM3 satu

    BalasPadam
  8. Zaman 50 sen dah takda lagilah, Mar. Tahun depan mungkin karipap ni pun kena naik harga. Kalau sedap, bayar lebih sikit takpa. Kalau tak sedap, itu yang mulut ni tak reti nak berhenti komplen!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code