Saya mula mengenali blog ini secara tidak sengaja. Ada entri yang menarik naluri keibuan saya untuk membaca. Blog ini adalah milik seorang bapa yang mempunyai 2 orang cahaya mata. Meskipun bukanlah blog yang mempunyai puluhan ribu follower, saya tetap suka baca.

ekjozbuluh.blogspot.com ~ maaf saya pinjam ye


Secara amnya, blog ini seperti blog lain juga, bercerita mengenai kehidupan mereka dan anak-anak. Hinggalah sampai satu masa...

Saya cukup tersentuh bila membaca entri-entri di blog ini yang berkisar tentang adik Izz yang menghidapi sejenis penyakit dari bayi. Dari 1 pembedahan, kemudian pembedahan lagi. Adakah saya sekuat isterinya untuk menghadapi ujian sebegini? In sha Allah..

Tidak banyak yang saya mahu ulaskan di sini. Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan, blog yang suka singgah dan sentiasa mengikuti perkembangan adik Izz. Semoga mereka terus tabah menghadapi ujian. Semoga adik Izz sembuh sepenuhnya.



Nota Kaki : Blog kawan-kawan lain juga saya suka singgah..kalau ada drop komen tu memang saya singgah la ye..