Bila tiba hari jumaat, kami akan buntu mahu ke mana. Sejak rules baru dikeluarkan, kami yang bekerja under manufacturing diberi rehat selama 1 jam setengah. Rugi nak stay di pejabat sahaja sedangkan hakikatnya kami bekerja lebih masa berbanding staff admin dan sales.

Jumaat lepas ke Jusco Permas, seorang teman mahu beli handbag. 200 juga dia terbang. Kemudian, beli roti dan lepak di food court hingga hujan teduh. Sempat juga pekena teh ais c special. Sedap juga. Pekat, melekat, adoi kembung perut den.

Teh Ais C Special ~ tak berapa ingat namanya.