Situasi biasa yang semua orang akan alami. Kejadian begini sering berlaku di petak parkir di hadapan kedai runcit. Samada tidak pandai parking kereta dengan betul atau malas!
Kan bagus jika kereta diparking dengan betul. Secara tegak, masuk dalam petak parkir. Ini tidak, 2 kotak sekali dimakannya. Parking secara menyerong. Memang sah tak pandai parking!
Geram sungguh bila berhadapan dengan orang macamni. Sukar bagi kami yang sedang mencari parking. Kalau iye pun berhenti sekejap sahaja, fikirkanlah juga pengguna lain. Sudah tahu kot kedai runcit di sekitar situ sahaja. Mentang-mentanglah kereta berjenama luar negara. Perlukah buat begitu?
Kita sama-sama berkongsi rezeki, berkongsi fasiliti di muka bumi ini. Usah terlalu mendongak ke langit. Jangan pentingkan diri demi kemudahan sendiri.
Isu ini berbangkit kerana saya kerap mengalami situasi begini. Begitu mudah mereka memakir kereta begitu sedangkan saya terpaksa parking jauh sedikit dan berjalan untuk ke kedai. Orang lain boleh je parking cantik, kenapa ada setengah orang tak boleh? Jangan biarkan malas menguasai diri dan yan rugi juga awak kerana mendapat cemuhan dari orang lain.
Hari ini hari saya. Esok lusa, mungkin giliran awak pula.
pinjam dari Google - ni melampau sangat
12 Ulasan
Betul. Geram je rasa. Kita dah la dgn bw ank kecik terpaksa menapak jauh nk ke kedai.
BalasPadambiasa keadaan mcm ni kt bank, pejabat pos cer dia buat kt depan balai polis ke tak mau plak kan??
BalasPadam@Kopiolimauice
BalasPadamtau takpe..hahaha..kelakar pulak
Salam singgah petang di sini sis...Diana memang tak pandai sangat nak parking ni sis..tapi tak lah Diana nak parking ikut sesuka hati..hehe...Diana pandai parking yang 3 penjuru jer..hehe..
BalasPadamKalau org x pndai parking, geram pun xguna..
BalasPadamYg pndai, tp mls nk park betul2 tu yg geram
Mmg boring betul klu jumpa situasi mcm tu.. baru2 ni saya kena.. org parking senget dari kotak parking mengakibatkan saya kena masuk dari pinti kiri. Punya rapat smpi tak dpt buka pintu masuk kereta hmmm...
BalasPadamAgak-agakla kalau nak parking tu kannn...Fikirkan tentang orang lain jugak...
BalasPadamTu org pntingkn diri sndiri memg myakitkn hati
BalasPadamhihi biasalah tu kalau gi kedai runcit. dalam kepala diorang yang parking senget ni 'tak apa kejap saja..' tu yang tibai saja parking cem mana.
BalasPadamdalam dunia ada manusia yang mementingkan diri sendiri
BalasPadammereka lupa bahawa hidup ini sangat ADIL
otak akal letak mn ntah huhu geram org yg mcm ni
BalasPadamMar, ini bukan tak pandai parking tapi memang bodoh sombong takpun memang berlagak sombonglah tu. Kalau ya pun tak pandai parking, tak payah parking langsung. Tunggu dalam kereta tak pun ajak teman yang boleh uruskan hal-hal yang perlu. Buat menambah dosa je bila nampak orang buat hal macam ni.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.