Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Asam Pedas Ikan Mayong


Boleh dikatakan, masakan ini merupakan masakan kegemaran en.suami. Bergantung kepada jenis ikan yang ada. Semalam, emak Aisyah memberi ikan mayong segar yang sudah siap bersiang dan berpotong. Banyak. Boleh makan ramai-ramai. Saya masak sebahagian sahaja untuk makan malam. Itu pun en.suami sakan meratah. Sedap katanya. Jarang dia memuji begitu.

Rezeki kami malam tadi. Paling suka, bila en.suami memuji dan makan dengan berselera. Dari segi warna, rasa, memang cukup semua. 


Semua orang tahu masak asam pedas kan. 

Lada kering yang sudah dikisar + bawang merah + bawang putih + sedikit kunyit + belacan 
= Blend sampai hancur.
Tumis bahan kisar bersama serai yang diketuk. Masak hingga pecah minyak. Saya masak lama-lama.
Masukkan air dan air asam jawa.
Saya reneh lama-lama sikit hingga kuah pekat.
Masukkan ikan dan reneh lagi hingga menerbitkan minyak.
Masukkan bendi dan daun kesum.




Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. el mmg sllu masak asam pedas mcm ni style menumis dulu..
    lau ada kuah lebih el suka cicah ngan roti/roti canai/lempeng/cucur ikan bilis..sedap giler tell u haha

    BalasPadam
  2. Asalam resipi bagus ni..done follow ya

    BalasPadam
  3. favourite husband saya jugak
    saya just masak untuk dia jer

    BalasPadam
  4. paberet saya~!! tapi suami tak makan sangat ikan mayong..

    BalasPadam
  5. Sue masak x letak air asam jawa. Letak asam keping. Sue suka letak ikan pari atau ikan mabong..

    BalasPadam
  6. sy tak pandai masak asam pedas .... nanti boleh try ni yang ni yang letak daun kesum tu kan ....

    BalasPadam
  7. Mar!! terliur kaksura tengok..makan nasi panas2..perghh..telan air liur ni..tengok kaler pon tau sedap!!nak sikitt...

    BalasPadam
  8. @Sura Mohd
    kalau rumah kita sebelah menyebelah..in sha Allah boleh saje

    BalasPadam
  9. Walaupun saya orang nogori, tapi memang masak asam ni fevret saya.
    Tak kisahlah ikan ke daging atau ayam:)

    BalasPadam
  10. Kat rumah saya ni pun kalau buat asam pedas memang bertambah2 makan nya..Saya buat asam pedas bubuh ketumbar sikit,ada daun kesom dan bunga kantan jugak..kalau tak de bunga kantan tak jadi buat asam pedas..heheheh

    BalasPadam
  11. Asam pedas lya x Penh lgi try msk..msti d cuba ni

    BalasPadam
  12. Macam mak saya jugak.. suka ikan mayong ni dibuat asam pedas..

    BalasPadam
  13. sedapmya asam pedas yg kuah likat pekat melekat.lps makan cium tangan.hahaaa.
    terkedu x kata apa dah.. naknak bau daun kesum
    hri ni menu sy ikan mayong juga
    tapi saya bakar je. .

    BalasPadam
  14. Masak asam pedas memang pandai, Mar cuma rasa tu sedap tak sedap je. Hahaha...

    Asam pedas ikan mayong ni memang favorite dulu-dulu. Sekarang dah jarang nampak asam pedas kat rumah. Eh, pendekata semua menu masakan pun jarang nampak kat rumahlah senang cerita!

    BalasPadam
  15. favorite sangat.. sukaa.. org Johor lah katakan..

    BalasPadam
  16. pandainya masak asam pedas..nampak sedap!aida sampai sekarang tak reti masak asam pedas sebab husband tak minat asam pedaas..lagi lah aida malas nak belajar..heheee

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code