Mentari sudah lama melabuhkan tirai tatkala saya melangkah keluar dari kilang. Jam 7 malam, hanya tinggal beberapa ketul kereta di ruang parkir.

Usai maghrib, segala macam saya lakukan dengan terburu-buru. Mengejar masa. Mahu ke pasar borong pandan pula, beli lauk basah la, penuhkan fridge. Lauk basah dah habis, kenalah beli secepat mungkin, ada pula seisi rumah makan megi hari-hari.

Aisyah sampai dah hafal jalan ke pasar borong pandan. Nak beli ikan, sotong, katanya.

Jam 10.30 malam, saya masih di dapur menyiang segala macam lauk yang dibeli. Mata dah kelat-kelat. Tapi, gagahkan juga. Mestilah wehhh!

Ikan cencaru, udang dan sotong = RM36, jadilah untuk seminggu punya stok, makan berempat. Sayur mayur dah simpan dalam esbok. Bawang merah, bawang putih haruslah dikupas siap-siap.
Baru teringat, lupa membeli lada kering..hahaduiii..


Bila sudah selesai semua, mata terasa segar pula. Mana tidaknya, wajiblah mandi setelah selesai kerja-kerja menyiang. Melekat bau hanyir ikan. Hahaha..ah sudah..pe'el lama datang balik. Jenuh nak menunggu mata katup ni.

Layan Oreo cheese beli di SR balik dari pasar borong tadi


Bidadari dan bidadara dah lama sampai ke alam mimpi. Sambil makan kek, draft entrilah! Emm..patut baca Al-Quran kan. Danggg...



Nota Kaki : Sangat heran dengan mereka yang suka mengumpul koleksi tudung tapi tak pakai. Simpan dalam gobok je wat jadah ek??