Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kembali Bersama Celcom


Ye..saya sememangnya pengguna Celcom. Sebulan saya hanya membelanjakan RM50 untuk top-up prepaid Celcom. RM38 untuk data internet bulanan sebanyak 2G. Cukuplah.

Saya menggunakan line Celcom sejak saya menggunakan telefon bimbit. Di kampung saya hanya ada line Celcom. Hingga tahun demi tahun, semua line dapat je di kampung saya tetapi saya tetap setia dengan Celcom.

Satu hari, saya tertarik dengan line Onexox. Lebih sebulan juga memikirkan untuk menukar line tersebut. Dengan bayaran RM10 sahaja, penukaran line berjaya dalam tempoh sehari.

Pertama kali menggunakan line onexox, memang terkial. Kena transfer dari DA ke MA lah. Ermmm layan saja. Tapi, bagi saya, saya agak fed-up dengan onexox sebab tiada pemberitahuan awal jika kuota internet saya hampir tamat. Tiba-tiba dapat sms, "langganan internet anda ditamatkan".

Bab mahu tambah nilai satu halnya pula. Perlu le 7E, atau ke stesen minyak. Memang sakit sedikitlah. Dan pembelian online hanya melalui Maybank.

Orang zaman sekarang ni suka sangat hantar apa-apa melalui applikasi WhatApps SAHAJA. Hantar SMS, tak balas. Luak setakat 0.20 sen pun berkira. Ini serius. Dia juga jual line Onexox tu. Saya hingga kini masih menggunakan SMS, ok je. Macamlah korang guna line internet tu tak perlu top-up.

Makanya, saya hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja bersama Onexox.

Setelah mendapat bebelan dari en.suami, walaupun hanya sepotong ayat. Rasa pedas tahap makan cili padi. Saya menukar line kepada Celcom semula.

Mudah sahaja. Pergi le Celcom center, isi borang dengan lengkap, dapat nombor giliran, tunggu hingga nombor dipanggil, ke kaunter nombor dipanggil, tunggu, dapat simkad. Selesai. Melangkah keluar dengan rasa lapang dada.

Line Celcom kembali tidak sampai satu hari. Tengahari saya pergi daftar, petang sudah ada line Celcom. Percuma pula tu. Maka, selamat tinggal kepada Onexox.

Dengan celcom, mahu tambah nilai bila-bila masa pun tidak mengapa. Hanya melalui Cimbclicks. Sebab gaji masuk Cimb, akaun ini sajalah yang sangat-sangat aktif berbanding akaun lain.

Kalau dah serasi dengan Celcom, celcom jugalah tetap di hati.

Maaflah...selamat tinggal duhai Onexox















Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. saya pernah menggunakan line xox. digembar gembur dengan line yang laju dan bla bla bla. dan tak sampai 2 bulan. saya buang. dan kembali memakai maxis. pengganti si xox ialah digi :) kadar internet super jimat !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sya baru pakai.. tpi data skjb habis buka yotube tk smpai sebulan guna celcom ok lgi... sbb sya guna kekal no lama

      Padam
  2. Da juga member sarankn guna onexox ni tpi fikir byk kali..bab lya msh setia dgn digi

    BalasPadam
  3. assalamualaikum
    singgah pagi

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. ye.. sbb sya guna buat wifi kt rumah laju onexox black.. rm59 sbln..

      Padam
  5. kita pon setia bersama celcom tpi pakej sim 1msia.. baru ni curang bersama digi.. H+ terus line.. super duper laju.. :)

    BalasPadam
  6. Sue jg pengguna celcom dari dulu lg.

    BalasPadam
  7. first time dengan xox ni...saya pengguna Celcom hampir 6-7 tahun juga la...pakej yang saya langgan pun dah tak ditawarkan oleh celcom...ada juga hajat nak tukar tapi line kat kampung suami kurang ada untuk line lain...jadi, setia jelah dulu...^_^

    BalasPadam
  8. Pernah guna semua line dear...sekarang Line DIGI...sis kuat guna internet utk tujuan review produk...sebenarnya bagus cuba mcm2 line...baru kita tahu setiap kelebihan dan kekurangan sesuatu perkhidmatan kan...

    BalasPadam
  9. nani pun setia dengan celcom dari dulu lagi :D

    BalasPadam
  10. ai pun setia ngan celcom sejak dari form 5 lagi..

    BalasPadam
  11. Sy pengguna Hotlink...Mase keje dkt Celcom je guna telco itu...Huhu

    BalasPadam
  12. Sy pun pengguna Celcom dari dulu...

    BalasPadam
  13. Tak pernah guna lagi..

    BalasPadam
  14. sama la dgn saya
    masih setia dgn celcom.

    ppstt: maaf baru kembli bls jejak.huhu.kekangan masa

    BalasPadam
  15. says pengguna maxis Dr dulu..to pakai bb celcom

    BalasPadam
  16. CT tak pernah dengar line tu kak.. first time ni ehehe..
    memang sayang celcom selamanya..
    dulu maxis sejak ada henpon.. then entah macam mana bill selalu jadi 300 lebih padahal tak call sngt pun.. ayah asyik marah.. ke center katanya mmg dah naik limit ke 300 amboi pepandai saja.. dulu memula 100 saja sebulan semula ngan internet..

    tukar ke celcom dan monthy rm90 sajaaaa yahuuu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. laju tk yg tu.. blh kekal no lama ke? sbb sya punya dulu sblm tukar telco guna rm45 unlimited speed 6mpbs

      Padam
  17. sy mmg setia dr mula2 guna handphone... cuma normbor je asyik berubah...

    BalasPadam
  18. sep mar! saya juga pengguna celcom sejak dahulu lagi
    tak berniat nak beralih arah
    lagipun dia lebig murah berbanding line lain

    BalasPadam
  19. Alahai, saya tak tahu pun ada line Onexox ni. Saya pun pengguna Celcom. Banyak kali juga berubah angin, mencuba telco yang lain. Akhirnya akan kembali ke pangkuan Celcom juga :)

    BalasPadam
  20. sy pown pengguna setia celcom..dari form 4 lg..x pernah tukar no hp..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code