Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Strategi Pencuri Kereta



Januari 2010, saya berjaya memiliki kereta pertama saya. Viva 850 je. Waktu itu saya masih bujang. Hampir setiap minggu jugalah saya pulang ke kampung.

Ketika di kampunglah, sedang asyik menonton televisyen bersama emak dan abah, tiba-tiba rumah kami didatangi beberapa orang pemuda. Katanya dari syarikat keselamatan kereta dan ada usahasma dengan unit pencegah jenayah. Mereka dari Kuantan, jauh bebenor.

Ayat sama macam statement atas tu kan. Datang datang rumah kami terus tanya siapa tuan punya kereta ni? Aik?? Viva saya ketika itu kategori baru, baru je keluar sebulan dua, tak berapa ingat. Pemuda tersebut offer saya untuk pasang alarm, dia kata kereta sekarang mudah dicuri, lebih-lebih lagi kereta baru.

Eh alarm yang dia offer tu bukan murah, beratus harganya. Tak kuasa nak layan. Saya tolak offer tersebut. Bila saya tolak, dia pujuk lagi. Siap mahu buat demo, cungkil kereta saya bagi membuktikan betapa mudahnya untuk membuka kereta ni. Kalau ada alarm kan selamat.

Suka hati je nak cungkil kereta orang semata-mata nak buat demo. Hotak dia la. Cungkilah kereta sendiri.

Ini adalah cara mereka. Silap-silap lepas cungkil kereta saya, berdezup hilang macam tu saja.

Target mereka biasanya kereta-kereta baru yang masih ada warranty. Sebab kereta baru biasany tidak membuat sebarang perubahan dari segi wiring dan sebagainya, dikhuatiri tidak dapat claim andai kereta bermasalah. Spare part pun baru kan.

Ini pengalaman saya pada tahun 2010, 5 tahun lalu. Penjenayah sebegini wujud di mana-mana dan hati mereka hitam, ambil jalan mudah untuk mendapatkan duit. Berhati-hatilah selalu.














Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Memang sekarang kena berjaga-jaga. Ada je muslihat diorang ni.

    BalasPadam
  2. Mcm2 strategi depa ni..takutnya lahai..kene lebih berhati2..

    BalasPadam
  3. uihh bahaya gak ye...senang2 je wat taktik mcm tu..

    BalasPadam
  4. Da ja taktik diorg nak prdayakn org kan

    BalasPadam
  5. ni dah lama dah ... dulu sekalu org cam ni dtg kat parking keta suruh kite try ... tp buat bodo je .... klu kite sesorg mmg xbrani keluar dr kereta tgu ade org lain br berani

    BalasPadam
  6. Bahaya ada dimana2 je skrg nih..Takutnya lepas baca...

    BalasPadam
  7. ish2.. macam2.. penjenayah semakin bijak nak atur strategi jahat tu.. risau plak kita.

    BalasPadam
  8. Mmg bahaya sangat ni..

    BalasPadam
  9. sekarang ni dalam keadaan menghimpit
    macam-macam orang boleh buat
    mohon perlindungan Allah selalu

    BalasPadam
  10. pergh.. gila.. macam2 cara nak carik rezeki tak halal..

    BalasPadam
  11. Assalam mar,
    macam2 dunia sekanrang ni kan3

    BalasPadam
  12. nasib baik kiri kanan umah ni sentiasa ada org . x le ngeri sgt klu tetiba ada org mcm tu dtg ...

    BalasPadam
  13. la ni takut haihhhh semua dah xselamat even dlm rumah scary ok
    smoga kita dijauhkan perkara2 yg tidak diingini

    BalasPadam
  14. ee...takutnya dengar
    nowadays ada aje cara orang nak buat jahat ye
    even rumah sendiri belum tentu tempat paling selamat

    BalasPadam
  15. Kisah Mar tu 5 tahun lepas, sampai sekarang pun mereka masih guna taktik yang sama? Mungkin perkara ni tak tersebar luas, makanya mereka masih berani guna taktik sama walaupun dah bertahun. Kalau tengok perempuan, selalunya mereka fikir senang nak 'makan' ni, tipu sana sini sikit, haruslah kecut perut. Perompak/penjenayah sekarang ni memang bijak belaka tapi setakat bijak menipu, sejauh manalah mereka boleh pergi ya!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code