Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Elakkan Sebegini




Saya tidaklah bersetuju 100% dengan kenyataan ini, bukan isteri sahaja. Ada juga suami yang berkelakuan begini cuma dalam situasi berbeza. Isteri kelentang kelentung di dapur, mengemas rumah, membasuh pakaian, suami pulak ralit dengan smartphone. Saya percaya setengah orang mengelami situasi ini.

Applikasi sosial seperti WhatAps, Facebooyk, Twitter memeng mengkhayalkan. Seronok bersembang hingga 1 jam terasa seperti baru 5 minit. 

Ini adalah hakikat. Situasi yang HARUS kita tangani. Dari luahan si suami dalam kenyataan itu, saya nampak yang hatinya terguris. 

Saya memahaminya kerana saya juga seorang pemandu. Mesti kita bengangkan kalau kita memandu, kereta penuh dengan orang tapi senyap sunyi je. Masing-masing melayan smartphone. Perghhh...apa? Bawa bontot je??

Jari lincah bersembang dengan orang jauh, setiap apa yang dilakukan mahu share. Sedangkan orang di sebelah, terkulat-kulat hanya mampu memandang.

Ketepikan seketika smartphone. Luangkan masa yang ada bersama orang tersayang. Jangan jadikan aplikasi sosial sebegini pemecahbelah kebahagiaan yang kita sendiri bina.




Nota Kaki : Peringatan untuk diri sendiri juga.



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. isk...takde sampai macam tu sekali...at least kena lah jugak bersembang dengan husband dalam kereta...kalau dia ngantuk,tolong picit² kan badan..

    BalasPadam
  2. betul...ada je kelompok macam ni...sally selalu letak phone kalau kat rumah...xnak ibu kecik hati..huhuhu...even kadang-kadang tu angkat jugak :P

    BalasPadam
  3. smpi skrg sy masih xde smartphone lgi ;)

    BalasPadam
  4. betul..betul..mar
    masa makan kat kedai pun..ramai yang makan sambil mata tengok hp kat sebelah..
    tak boleh tinggal sesaat pun..
    nak buat macamanakan...dah zamannya begini

    BalasPadam
  5. haha..50% je setuju...
    tapi sambil sosial..sambil sembang gak ngan asben kat sebelah...huhu

    BalasPadam
  6. betul kak. gadget ni masalah bg manusia zaman skrg. but then we must know our roles as a spouse. kalau nk layan gadget, takya kawen dgn your spouse. miahaha.

    BalasPadam
  7. x sempat nk smbg dlm media sosial.dok pgg n lyn karenah anak yg xmo duduk diam.kjp dok dpn kjp dok blkg pstu tekan button tu tekan button ni....jenuh

    BalasPadam
  8. Sejujurnya kakak tak boleh membaca hp kalau di dalam kereta itu yg tak boleh berwhatsapp bagai ketika abang memandu. Jadi kami memang berbual.. Tapi anak-anak jgn kata, baca novel sampai habis pun boleh tau tak pening mereka tu... kakak tak boleh.

    BalasPadam
  9. kalau kite wat gitu mau kene sound setepek ngan husband..tp mmg kalau dlm kete, nak2 pulak jalan jauh, mmg jarang wat pangai gitu..kesian husband drive..lgpun time tuh la yg boleh borak2 ngan somi pun..

    BalasPadam
  10. Nak tengok boleh, mayb untuk seketika..yg penting2 je..tak pening ka, ngadap phone dlm keta..heheee

    BalasPadam
  11. Bukan isteri je mcm ni.. suami pun ramai yg buat mcm ni

    BalasPadam
  12. Ish x dala smpai mcm tu, klau lya kat dlm kreta x blh main fon.automatik trus pusing2.

    BalasPadam
  13. nasiblah iols ni xde apply line tenet kt hp ekekek lau x mmg tgn tu sentiasa je ngan hp haha tp xdelah teruk beno mcm ppuan dlm gambar tu ekekeke
    alahhhhh org laki2 pun sama...siap dlm jamban pun berhp apa cerr (main game) hahaha lakiku lah tu..
    yg si laki dia tu..awat lah diam je..p lah habaq kat bini dia..habaq kat kami wat apa..kahkahkahkahhh

    BalasPadam
  14. dia post dekat fb ke? ee malunya isteri dia
    saya tak berani nak komen benda gini
    sekarang ni kite dah makin jauh dengan orang dekat sebabkan teknologi
    kita sibuk chatting dengan orang jauh
    padahal orang kat sebelah ada aje..
    zaman ni menyedihkan bagi saya, boleh berlaku pada sape saja

    pada saya senang aje, untuk kebahagian bersama
    berhentilah mengadapa gajet walau hanya seketika
    tak kisahlah kau, suami ke, isteri ke, anak ke atau siapa sahaja

    BalasPadam
  15. Yang pasti saya bukan macam tu. Dalam keta memang tak blh tgk HP. Sebab nanti kepala pening.

    Tak aci tau. Suma nya nak salahkan org pompuan jer. Lelaki pon sama jugak.

    BalasPadam
  16. Assalam mar,
    kalo sang suami post dekat public macam tu bagi iols unggu tak patut tau
    maruah isteri maruah suami jugak tau3
    iols bukan seperti itu :) alhamdulillah
    kalo dalam keta, hubby drive iols mesti sembang2, kaco2, pelok2 hubby he3
    kalo kat rumah memasak pun sora iols riuh dok sembang2 ngan hubby he3 :P
    barula mami tulen yer dop???he3

    BalasPadam
  17. Setakat ni kalau dalam kereta berjalan, memanglah tak pegang smartphone. Senang cerita, kalau di rumah memang very rare ocassion saya dapat pegang smartphone. Kecuali tengah malam tatkala seisi rumah dah tidur dan saya masih lagi terpejam celik sorang-sorang tak boleh tidur.

    Benda ni kalau dibiarkan, memang jadi masalah rumahtanggalah akhirnya...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code