Kehidupan umpama kanvas yang kita corakkan dan warnakan sendiri.
Kehidupan umpama air laut yang ada pasang surutnya.
Kehidupan umpama matahari di kala siang dan bulan di kala malam.
Di zaman semakpon, internet, brim bram brom untuk golongan miskin katanya, cukup sadis untuk menuturkan, kami dalam kategori golongan pertengahan tetap terkena tempias dari segi kenaikan harga barang, ikat perut sesekala demi kelangsungan hidup.
Usai servis kereta, sekadar mengisi waktu terluang bersama anak dara tercinta, tanpa suami di sisi kerana dia bekerja, viva dipandu terus ke KFC Seri Alam. Tidak ramai orang.
Makan tetap perkara utama. Laju-laju telan ayam goreng, dek keterujaan Cik Aisyah untuk bermain. Seronok si anak dara cilik bermain di taman permainan tersebut. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Yang penting, dia seronok dari hanya merenung dinding rumah tidak bertingkap. Sekurangnya, kami bersyukur telah memilik rumah.
Rindu akan setiap detik bersamamu. Semakin hari, dia semakin bijak. Masih kuat menyusu, dek kesedapan susu DHL meskipun tempohari dia ada mengatakan bahawa susu tidak sedap. Tekak tak sedap barangkali.
Sayangku Aisyah Humaira
14 Ulasan
Semakin lama semakin cerdik dan akan sampai satu masa dia akan jadi kawan Mar. Kakak dah laluinya. Bila dah remaja dah boleh berkongsi rasa..
BalasPadamlama tak jumpa dia kan...bila tengok anak membesar ni,memang seronok.,..kalau boleh taknak tinggalkan dia dengan orang lain
BalasPadamsemakin pandai
BalasPadamBila anak dah besar bestnye bila kita ckp kita bercerita mcm dia kawan kita. Dia layan je apa kita ckp sesekali memberikan pendapat dia pula..syoknya tau ^^
BalasPadamX lma lgi aisyah jdi kkak ya..sronoknya sis
BalasPadamsebaya dengan anak saya ni..nama anak saya aisya ☺
BalasPadamkite la berus anak2 ..... salah corak lain jd nye
BalasPadamcomelnyaa dia
BalasPadamMakin cute Aisyah ni..
BalasPadambudak mama tak suka main.sukalah aisyah ya!tengok muka Gembira dia tu..
BalasPadamAssalam mar,
BalasPadambebudak ni kalo nampak tempat maen memang koje nak pulun hat tu ja la kan3
ceria je wajah2 mereka..
BalasPadamaisyah dah nak jadi kakak ye
BalasPadamcepat aje dah beso ye
behave ye sayang =)
Melihat anak membesar, semua kegusaran dan kesusahan dalam hati, hilang entah ke mana...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.