Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Yang Ditunggu Setiap Tahun


Saban tahun sabar menanti perkara yang sama. Biasalah bekerja makan gaji, mengharap imbuhan dan saguhati andai syarikat baik hati untuk memberi.

Memang adakalanya masam mencuka, remuk redam hati mengenangkan surat cinta yang begitu tapi, itu sekejap saja.

Bila diteliti, sepanjang tahun lepas projek agak perlahan di seksyen kami. Berbanding 2 tahun lepas, memang projek tak henti-henti sampai terpaksa korbankan cuti dan running 24 jam. Termasuklah saya, bahagian documentation, nak patah jari key-in data, lebam-lebam mata check packing list. Semua nombor. Balik jam 8 malam itu adalah biasa.

Tapi, sejak harga minyak dan diesel naik dan terus naik, projek yang masuk agak perlahan hingga saya boleh balik on time saban hari. Kalau lambat setengah jam atau sejam beberapa kali sebulan, biasalah, last minute requirement.

Semalam, kami sudah dapat surat cinta masing-masing. Sejujurnya, (pinjam tagline Yana Yani), saya agak kecewa. Sepanjang hampir 6 tahun berbakti di sini, seolah menunggu buah yang tidak mahu gugur.

Saya cuba positifkan diri, meredhai segalanya. Mungkin, saya perlu berusaha lebih untuk diri sendiri dan keluarga bukan di sini semata. Nak harapkan di sini, memang tak lah. Memang kabur untuk dapat melangkah lebih jauh.

Kenaikan kali ini kira rendah bagi saya. 4% dari gaji pokok, apalah sangat. Tapi, bersyukurlah walaupun rasa sedih. Teruslah bertabah demi sebulan gaji, nak lebih, usaha sendiri. Tak perlu nak show off sangat, buktikan kita ini layak untuk jawatan lebih tinggi. Sedangkan di mata orang lain, tak ubah tiada apa-apa.





Nota Kaki : Projek slow, ko nak harap lebih, memang tak la..




Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. tulah kan mar,kekadang apa yang dapat tu tak berbaloi,tapi demi mencari sesuap nasi,terpaksa akur kan..moga lepas ni lebih murah rezeki.

    BalasPadam
  2. Assalam mar,
    iols bulan jan. dah tahu kenaikan
    sama jer tetiap tahun
    tak banyak mana pun
    tapi ok la jugaks he3

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah , syukur kan Mar ada rezeki kenaikan tu.. yg penting keberkatan dan rezeki mencukupi utk kita kan..

    BalasPadam
  4. naik sikit jugak.. kena cari sumber pndptan lain.. penat tak yah kira lah.. huhu.. semua benda naik, bab gaji ciput jer..

    BalasPadam
  5. Situasi skrg mmg sgt memerlukan mencari pendapatan sampingan..bertabah lah ye mar :)

    BalasPadam
  6. Semoga dimurahkan rezeki...zaman sekrg susah nak cari kerja...huhuhuhu...

    BalasPadam
  7. byk cara lagi nak tambah pendapatan ... usahalah .

    BalasPadam
  8. alhamdulilah ada jugak tu
    el ni nak kata tiap2 tahun naik gaji...sory to say lah xde
    dah 6tahun keje baru 2x je naik ok
    ritu bos siap ckp..not all years ada naik gaji
    sedihhh ok

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..rexeki menyebelahi Mar sekeluarga..sikit pun still ada increment kan, Alhamdulillah..company aida plak ikut suka boss nak naik masa bila..sepanjang kerja dua tahun ni ALhamdulillah 4 kali naik tapi sikit2 je naiknya..hehee

    BalasPadam
  10. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita semua.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki ye.. aamiin.

    BalasPadam
  11. tu la dugaan keje private kan? takde projek masuk nk harap lebih mmng tak la jawabnye..

    BalasPadam
  12. Brtabah ya sis, syukur da juga walau x byk kn

    BalasPadam
  13. hehe...tetiba nama saya ada disitu =)
    apapun mar, sabarlah ye
    mungkin perkataan ni tak cukup nak redakan rasa yang mar rasai
    saya juga mengalami masalah yang sama
    sejujurnya saya lebih teruk =)
    8 tahun di sini tak penah sekali merasa bonus, kenaikan gaji boleh dikira dengan tangan
    pelik kenapa saya masih di sini
    kalau mar mampu, cepat2 lah beralih arah
    jangan jadi macam saya, stuck!

    BalasPadam
  14. Dalam pada semua benda naik harga, gaji pekerjalah yang paling liat sekali kenaikannya. Kalau naik pun, berapa kerat sahaja. Memang remuk redam hati kalau mengenang tapi untuk tidak terus berduka, kita anggap sahajalah itu juga rezeki walaupun rasa tak setimpal dengan tenaga yang kita sumbangkan pada syarikat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code