Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Tukar Penama Rumah - 2


Kesinambungan entri sebelum ini, kami ke pejabat peguam rumah seperti mana yang tertera dalam SPA dan surat peguam yang pernah kami dapat. Tidaklah jauh mana, di Taman Daya. Berpusing lah kami di kawasan itu hampir 30 minit, tetapi tidak ketemu.

Dengan pantas, saya menelefon pejabat peguam tersebut, eh nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami!! Dail lagi. Sama juga. Saya telefon pemaju untuk dapatkan maklumat terkini, mengenai pejabat peguam tersebut. Oh!! Sudah berpindah ke Bukit Indah. Jauh la pula. Setelah mendapatkan alamat, bergegaslah kami ke pejabat peguam.

Dugaan lagi bila, en.suami tersalah masuk lorong dan kami terus masuk ke highway, keluar dari Bukit Indah. Bayarlah tol RM2.30. Ermm, cari u-turn, jauh juga, bayar tol semula RM2.30, pusing-pusing cari alamat Jalan Bukit Indah 15/1, hahaiii saya dah lama tidak ke kawasan ini, memang lah agak sukar untuk mencarinya.

Akhirnya, kami sampai ke pejabat peguam Shahrizat Rashid & Lee, bersebelahan Heong Leong Bank. Ciss, sudah la pindah tak bagitahu client, habis kami ni sebagai client lama mereka nak jadi apa?

Kami masuk ke perut pejabat, berurusan dengan seorang kerani di kaunter hadapan. En.suami menunjukkan surat yang kami terima, dan bertanyakan bagaimana cara penyelesaian, sepertimana yang diperkatakan oleh pihak pemaju.


"Memang boleh settle kat sini. Kita settlekan semuanya. Cuma, perlu sediakan deposit 1K"

"Hah?? Kitorang datang jauh-jauh, pemaju cakap boleh settle kat sini, kena bayar 1K?. Tempoh diberi 30 hari. Surat ni bertarikh 16 Februari 2015".

"Macam yang saya cakap tadi lah. Memang boleh settle, cuma sediakan deposit dahulu, 1K"

"Memang perlukan 1K ke untuk selesaikan ni?"

"1K tu deposit je baru. Total cost bergantung kepada harga rumah sewaktu tandatangan."

"So, total cost?"

"Boleh jadi 2 - 3K. 1% deposit, baki 2 %"

"Oklah, takpe"


Kami keluar dari pejabat tersebut dengan penuh sebal. Kalau setakat deposit 1K, boleh la bagi sekarang. Baki? Kena kira simpanan dahulu. Matahari sudah tegak di atas kepala gara-gara 'perjalanan jauh' kami. Berpusinglah sekali lagi di sekitar situ mencari kedai makan untuk membasahkan tekak dan mengisi perut yang kosong.

Mamak pun mamak la oi..

Sambil makan dan minum, perbincangan kami bermula. Berkisar duit yang perlu disediakan. Tidak lupa, memantau keadaan Aisyah yang belum sihat benar. Dibuatnya suhu badannya naik secara tiba-tiba, memang ke klinik lah kami.

Selesai mengisi perut, kami berpatah balik ke pejabat guaman. Kali ini, kami mahu pastikan berapakah nilai yang perlu kami sediakan. Staff tersebut, perlu membuka file dahulu. Kami menanti dengan sabar di ruang lobi. Nasib baik duduk dalam air-cond, sejuk sikit hati yang panas ni.

Tidak lama kemudian, en.suami dipanggil. Dari kiraan kasar, deposit yang perlu kami sediakan sebanyak 1K. Kemudian, en.suami akan dihubungi untuk menanda tangani surat perjanjian. Proses untuk mereka siapkan dokumen adalah 2 hingga 3 minggu. Telan air liur. Lama juga. Baki sebanyak RM2600 akan dijelaskan seawaktu menandatangani perjanjian tersebut. So, total cost adalah RM3600!

Kami perlu pecahkan geran, di mana geran yang sedia ada adalah atas nama pemaju, Venice View c/o Nama Pemilik Rumah. Geran kelompak. Sewaktu pembelian rumah dahulu, pemaju ada juga beritahu tentang pecah geran ini, tapi tidak sangka pula ini kesnya. Tidak ada notis pemberitahuan apa-apa sebelum ini. Memang menyirap darah. Bagi memecah geran tersebut, membuang nama Venice View (pemaju), itulah sejumlah wang yang perlu kami sediakan.

Berdasarkan surat dari mpjb tersebut, sekiranya gagal menghantar Borang I tersebut, kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan. Hah! Senang betul korang nak kutip duit ye. Ingat kami ni cop duit? Beli rumah susah, tak beli rumah pun susah. Sabar sahajalah wahai hati.


Mudah sangat kan menyelesaikannya, ye cukup mudah kalau ada duit. Korek tabung ayam lah jawabnya. Simpanan yang mahu ke lain, terpaksa didahulukan. Inilah dugaan hidup di bandar Johor.




Bersambung lagi la ye...




Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Samalah akak ni Mar masa nak tukar nama dulu.. akak siap bagi bayaran penuh sebanyak RM3500.00 sedikit diskaun pun tak diberi.. pastu yg kata 2 3 bulan siap rupanya.. 2 tahun baru siap itu pun banyak kali di push oleh en suami akak.. sampai kata nak bawa tribunal baru berjalan, sakit hati kekadang dengan peguam pemaju ni.. peguam bank senang sikit urusannya.. keseluruhan kos utk peguam pemaju dan bank ni hampir RM5,000 ++++ lah Mar.. cuba Mar bajet betul2 tau..

    BalasPadam
  2. Faham sangat situasi mar..duit yg kita simpan utk tujuan lain terpaksa didahulukan utk urusan rumah kalo dah jd cenggini..kos rumah pun dah mahal ditambah lg utk upah guaman...duit oh duit...

    BalasPadam
  3. Kakak rasa ni rate biasalah Mar. Kakak dulu pun kena lebih kurang 4K. Itu belasan tahun dulu. Kalau sekarang dlm rate itu dah kira baik dah...

    BalasPadam
  4. sllu terjadi bila duit yang kita simpan tu digunakan tuk tujuan2 kepentingan yang lain..sabo je lah

    BalasPadam
  5. Assalam mar,
    scary pulop iols baca
    iols dah isau he3
    iols pun baru settle bab beli rumah last year
    iols apartment sajork
    bab strata title belom settle
    isau3

    BalasPadam
  6. takpe ssh skrg senang dikemudian hari

    BalasPadam
  7. Bikin takut plak ya sis byk btl proses maw guna duit smua..maafla lma Lya x brkunjung ke cne

    BalasPadam
  8. Mak aih.. Seram sejuk jadinya..

    BalasPadam
  9. Salam nak tukar nama kat Borang I cuma nak salinan SPA n loan document (kalau belum ada geran), salinan I/C dan resit cukai harta yang dah dibayar dan RM50. Ada sesetengah hartanah kat JB ni masih under master title dan bila individual title dah keluar kena tukar nama daripada pemaju kepada pemilik. Sebab tu ada 2x kos.Yang buat kos jadi tinggi sebab stamp duty kan? kalau ikut kiraan saya stamp duty rumah awak RM1700 kan. bayaran tu termasuk proses gadaian ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas perkongsian..saya dah call mpjb dan mereka mintak salinan geran sahaja bukannya kam mahu pecah geran. bayaran dengan mpjb cuma rm50. tapi bila jumpa lawyer lain pula penerangannya..nanti saya sambung kisahnya ye..

      Padam
  10. Susahnya procedure nak beli rumah ni ye. Saya doakan urusan Mar dipermudahkan dan semoga Aisyah cepat sembuh drpd demam.

    BalasPadam
  11. CT tak tahu nak komen macam mana sebab tak pernah berdepan urusan jual beli rumah.. tapi sabar ye.. insyallah semuanya okay =)

    BalasPadam
  12. mmg biasanya charge ikut harga rumah..zaman Sekarang semuanya duit.,huhu

    semoga urusan dipermudahkan

    BalasPadam
  13. memang banyak jugak duit yang nak dikeluarkan untuk bayar peguam..masa rumah baru tu pun,akak kena bayar dkt 4k..lebih kurang harga tu lah mar...

    BalasPadam
  14. Mmg hal2 rumah ni kena ada standby duit utk apa2.. mmg agak memeningkan dan memenatkan kan..

    BalasPadam
  15. alahai.agak menyulitkan kita kan.
    semoga dipermudahkan hendakNya.aamiin

    BalasPadam
  16. dah agak dah mar akan lalui ni
    sebab saya penah dengar cite yang sama dari sorang member
    bukan mudah urusan membeli rumah
    terutama yang second, yang baru pun payah cam saya dulu
    takpe, ada hikmah disebalik ni semua

    BalasPadam
  17. Saya tak habis baca lagi kisah ni. Tapi kalau ikutkan entri yang Mar tulis kali ni, macam sama jerk dengan kisah kawan saya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code