Kesinambungan entri sebelum ini, kami ke pejabat peguam rumah seperti mana yang tertera dalam SPA dan surat peguam yang pernah kami dapat. Tidaklah jauh mana, di Taman Daya. Berpusing lah kami di kawasan itu hampir 30 minit, tetapi tidak ketemu.

Dengan pantas, saya menelefon pejabat peguam tersebut, eh nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami!! Dail lagi. Sama juga. Saya telefon pemaju untuk dapatkan maklumat terkini, mengenai pejabat peguam tersebut. Oh!! Sudah berpindah ke Bukit Indah. Jauh la pula. Setelah mendapatkan alamat, bergegaslah kami ke pejabat peguam.

Dugaan lagi bila, en.suami tersalah masuk lorong dan kami terus masuk ke highway, keluar dari Bukit Indah. Bayarlah tol RM2.30. Ermm, cari u-turn, jauh juga, bayar tol semula RM2.30, pusing-pusing cari alamat Jalan Bukit Indah 15/1, hahaiii saya dah lama tidak ke kawasan ini, memang lah agak sukar untuk mencarinya.

Akhirnya, kami sampai ke pejabat peguam Shahrizat Rashid & Lee, bersebelahan Heong Leong Bank. Ciss, sudah la pindah tak bagitahu client, habis kami ni sebagai client lama mereka nak jadi apa?

Kami masuk ke perut pejabat, berurusan dengan seorang kerani di kaunter hadapan. En.suami menunjukkan surat yang kami terima, dan bertanyakan bagaimana cara penyelesaian, sepertimana yang diperkatakan oleh pihak pemaju.


"Memang boleh settle kat sini. Kita settlekan semuanya. Cuma, perlu sediakan deposit 1K"

"Hah?? Kitorang datang jauh-jauh, pemaju cakap boleh settle kat sini, kena bayar 1K?. Tempoh diberi 30 hari. Surat ni bertarikh 16 Februari 2015".

"Macam yang saya cakap tadi lah. Memang boleh settle, cuma sediakan deposit dahulu, 1K"

"Memang perlukan 1K ke untuk selesaikan ni?"

"1K tu deposit je baru. Total cost bergantung kepada harga rumah sewaktu tandatangan."

"So, total cost?"

"Boleh jadi 2 - 3K. 1% deposit, baki 2 %"

"Oklah, takpe"


Kami keluar dari pejabat tersebut dengan penuh sebal. Kalau setakat deposit 1K, boleh la bagi sekarang. Baki? Kena kira simpanan dahulu. Matahari sudah tegak di atas kepala gara-gara 'perjalanan jauh' kami. Berpusinglah sekali lagi di sekitar situ mencari kedai makan untuk membasahkan tekak dan mengisi perut yang kosong.

Mamak pun mamak la oi..

Sambil makan dan minum, perbincangan kami bermula. Berkisar duit yang perlu disediakan. Tidak lupa, memantau keadaan Aisyah yang belum sihat benar. Dibuatnya suhu badannya naik secara tiba-tiba, memang ke klinik lah kami.

Selesai mengisi perut, kami berpatah balik ke pejabat guaman. Kali ini, kami mahu pastikan berapakah nilai yang perlu kami sediakan. Staff tersebut, perlu membuka file dahulu. Kami menanti dengan sabar di ruang lobi. Nasib baik duduk dalam air-cond, sejuk sikit hati yang panas ni.

Tidak lama kemudian, en.suami dipanggil. Dari kiraan kasar, deposit yang perlu kami sediakan sebanyak 1K. Kemudian, en.suami akan dihubungi untuk menanda tangani surat perjanjian. Proses untuk mereka siapkan dokumen adalah 2 hingga 3 minggu. Telan air liur. Lama juga. Baki sebanyak RM2600 akan dijelaskan seawaktu menandatangani perjanjian tersebut. So, total cost adalah RM3600!

Kami perlu pecahkan geran, di mana geran yang sedia ada adalah atas nama pemaju, Venice View c/o Nama Pemilik Rumah. Geran kelompak. Sewaktu pembelian rumah dahulu, pemaju ada juga beritahu tentang pecah geran ini, tapi tidak sangka pula ini kesnya. Tidak ada notis pemberitahuan apa-apa sebelum ini. Memang menyirap darah. Bagi memecah geran tersebut, membuang nama Venice View (pemaju), itulah sejumlah wang yang perlu kami sediakan.

Berdasarkan surat dari mpjb tersebut, sekiranya gagal menghantar Borang I tersebut, kompaun sebanyak RM500 akan dikenakan. Hah! Senang betul korang nak kutip duit ye. Ingat kami ni cop duit? Beli rumah susah, tak beli rumah pun susah. Sabar sahajalah wahai hati.


Mudah sangat kan menyelesaikannya, ye cukup mudah kalau ada duit. Korek tabung ayam lah jawabnya. Simpanan yang mahu ke lain, terpaksa didahulukan. Inilah dugaan hidup di bandar Johor.




Bersambung lagi la ye...