9 September 2012 bersamaan hari ahad. Hari ahad adalah hari cuti!!
Jadual agak padat. Padat dengan jemputan open house. Memang syok sebab tak payah masak. Hehehehe..
Jam 6 pagi, ibu terdengar suara comel merengek-rengek. Kemudian, suara itu hilang. Sepi. Selang beberapa ketika, suara itu kedengaran lagi. Kali in lebih panjang rengekannya berbanding tadi. Ibu bingkas bangun. Ibu tenung jasad comel di sebelah pembaringan ibu.
Kelambu 'Anakku' ibu buka. Ibu lihat Aisyah merengek-rengek sambil mata masih terpejam. Ibu tahu Aisyah sudah haus tetapi masih mengantuk. Botol susu segera ibu capai & susu dibancuh. Aisyah hanya minum 3.5 auns di kala usianya 4 bulan.
Badan comel Aisyah ibu angkat & ibu pangku. Botol susu ibu suakan ke mulut Aisyah & rengekan comel terhenti. Aisyah masih menyusu dengan mata tertutup. Ibu tarik botol susu & Aisyah terjaga. Aisyah merengek manja meminta susu. Ibu tergelak kecil. Kali ke-2 ibu suakan botol susu & Aisyah minum hingga ke titik terakhir. Ibu tepuk-tepuk belakang badan Aisyah & Aisyah sendawa seperti bunyi sendawa ayah.
Selesai minum & sendawa, ibu baringkan Aisyah kembali. Aisyah tidur lena. Ibu tenung beberapa minit sebelum ke dapur untuk mencuci botol susu Aisyah tadi & bergegas mengambil wuduk untuk menunaikan solat Subuh. Usai solat, ibu mengejutkan ayah.
Tugas ibu di hujung minggu adalah mencuci pakaian. Ibu lakukan kerja dengan pantas sebelum Aisyah bangun. Tetapi, kerja ibu tergendala tatkala Aisyah sudah mencelikkan mata & ayah pula kembali membuat tahi mata. Kedengaran suara comel seakan mengomel & bermain sendirian. Ibu biarkan Aisyah.
Matahari sudah menyinar. Langsir bilik ibu kuak. Begitu juga langsir di pintu sliding. Udara sedar mula menyerbu ke segenap ruang rumah setelah pintu sliding ibu buka meninggalkan pintu grill yang masih berkunci.
Aisyah mula tidak keruan. Cahaya di luar menjadi perhatiannya. Mulutnya mula mengeluarkan rentak yang semakin rancak. Ibu sudah tidak keruan membuat kerja rumah. Mata ayah masih terpejam seakan tidak mendengar rengekan Aisyah.
Semalam ibu telah berjanji untuk membawa Aisyah berjalan-jalan keliling taman rumah kita. Ibu angkat Aisyah & meletakkan Aisyah di stroller. Aisyah ketawa riang.
Rileksss nampakkk...
Sabar menanti ibu yang sedang membasuh baju.
Yea...ibu dah tolak stroller Aisyah..
Bestnyer bila sudah berada diluar rumah.
Selepas zohor, ibu, ayah & Aisyah bersiap-siap untuk ke Felda Lok Heng Selatan untuk menghadiri majlis kahwin kawan ayah.
Aisyah sudah bersiap sedia. Jom ayah!!
Hari ini meskipun perjalanan agak jauh, ibu mampu menarik nafas lega kerana Aisyah berkelakuan amat-amat baik. Aisyah tidak mengaruk. Ibu mampu makan dengan tenang. Ayah juga dapat berborak sakan dengan kawan-kawannya.
Pengantin sedang enak menjamu selera ketika kita beransur mahu pulang. Kek 3 tingkat berperisa coklet gah berdiri di atas meja. Setelah bersalam dengan pengantin & 'salam keruk', kita pun melangkah pulang. Sempat juga sesat sebelum sampai rumah.
Jam sudah menunjukkan 5.30 petang ketika sampai ke rumah. Hujan lebat dalam perjalanan tadi membataskan pergerakan kereta. Sampai laman rumah, hujan baru saja reda. Kali ini ibu, ayah & Aisyah melangkah pula ke rumah jiran atas jemputan rumah terbuka. Alhamdulillah..kenyang betul ibu & ayah hari ini.
Aisyah sudah lena kepenatan.
Usai solat maghrib, ibu, ayah & Aisyah ke Skudai pula atas jemputan open house rumah Mak Cik As (kakak sepupu ibu). Hujan lebat sepanjang perjalanan. Touch n go pula tidak sempat untuk ditambah nilai. Kita agak bernasib baik kerana lorong tunai tidak banyak kenderaan.
Jam 9 malam, tiba di rumah Mak Cik As. Setelah bersalaman & berborak seketika, ibu & ayah menjamu selera. Sedap juga nasi mentega & ayam masak merah yang dimasak oleh Mak Cik As. Selesai makan, Aisyah menyusu pula. Aisyah mula tidak selesa, entah kenapa. Ibu dodoi Aisyah seperti selalu tetapi Aisyah tetap mengaruk.
Tapi, Aisyah rileks betul & boleh tersenyum lebar bila di baringkan di atas tilam!! Hamboihhh..
Jam 9.40 malam, kita bergerak pulang ke rumah. Pasti saja, anak ibu tidur dengan lena kerana keletihan seharian berjalan.
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.