Assalamualaikum
Cik Aisyah Humaira Ke KK Masai – 4 Bulan | 4 September 2012, tarikh yang telah tercatat di dalam buku laporan kesihatan Aisyah untuk sesi pemeriksaan bulanan.
Semalam Aisyah ke KK Masai lagi untuk kali ke-2 bersama ibu & ayah. Sangat berharap yang Aisyah tidak mengaruk lagi. Alhamdulillah, Aisyah dah 4 bulan, dah semakin besar.
Jam 1.20pm, sampai di Klinik Ibu & Anak Masai. Nombor giliran sudah boleh diambil, 007. Jam 2.20pm, barulah nombor giliran untuk kanak-kanak dipanggil. Sambil menunggu, perlu mendodoi Aisyah yang sudah mula mengantuk. Berdiri di bawah kipas sambil mendodoikan Aisyah sehingga Aisyah tertidur. Lega hati.
2.40pm, giliran Aisyah tiba. Untuk pemeriksaan 4 bulan, hanya timbang berat badan, ukur panjang & perkembangan bayi sahaja. Pemeriksaan untuk seorang bayi mungkin 10 minit sahaja tapi oleh kerana ramai orang, perlu sabar menunggu.
Berat Aisyah sudah 5.3kg. Anak ibu sihat. Perkembangan juga bagus, cuma Aisyah tidak pandai meniarap lagi. Huhuhu.. Memamng benar, Aisyah hanya mengiring sahaja. Bila dibaringkan, Aisyah kerap mengangkat kepala mahu bangun.
Sesi kali ini dikendalikan oleh jururawat-jururawat praktikal. Bukan seorang tau. Malah 4 @ 5 orang yang bertanya macam-macam soalan pada saya. Saya layankan je.
Di awal pemeriksaan, Aisyah menangis sungguh-sungguh kerana tidurnya terganggu. Bila saya buka baju & seluarnya, dia menangis terus walhal aktiviti itulah yang Aisyah paling suka.
Setelah ditimbang & diukur, ibu pakaikan semula baju Aisyah. Seorang jururawat menghalakan permainan kepada Aisyah. Aisyah diam. Aisyah tenung muka jururawat tersebut. Saya ambil mainan tersebut & mengagah Aisyah. Aisyah mula berinteraksi. Aisyah mula ketawa.
Aisyah terjerit-jerit kesukaan. Riang sungguh anak ibu bila ramai yang melayannya. Panjang sungguh cerita Aisyah bila budak-budak (jururawat praktikal) tu mengagahnya.
Puan bagi anak puan susu badan @ susu botol?
Susu botol. Sebab air susu dah kering. Dari dia lahir dah minum susu formula.
Puan bagi susu apa?
Susu Dumex Mamex Gold. Sebelum ni dia sembelit, macam-macam susu dah tukar. Minum susu mamex gold, dia serasi. Sekrang dah Ok dah.
Macam-macam soalan lah yang budak-budak ni tanya. Al maklum lah budak-budak baru belajar. Serba serbi terkial-kial & masih ragu-ragu dengan apa yang mereka lakukan. Soalan pun follow buku nota. Terpaksalah saya jawab & layan karenah mereka.
Jam 3pm. Sesi soal jawab belum tamat lagi. Pelajar praktikal tu mencari buku log pula untuk mencatatkan sesi pemeriksaan berikutnya.
2 Ulasan
hu hu hu..mcm tu la klu g klinik gomen..nnt g swasta mahal plak...
BalasPadamdlu ms zmn bwk ank2 g check up mmg rasa naik hangin manjang sbb diorg tu lgsg x consider org yg menunggu..kdg2 mmg amk nombor tp ade yg men wayang..ikut laluan bklg..kene selalu perhati kn kaunter tu...
sabar ye Mar..g check up ank ni pun sama umur 1 thn jek..lps tu dh lega..xde nk check2 lg lps umo setahun.
tul tu..sekarang pon dah lega nih..hihihi
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.