Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sebak Di Pagi Hari


Seawal pagi tatkala tangan kananku memulas tombol pintu pejabat, udara sejuk dari penghawa dingin sudah dapat kurasakan. Apatah lagi tatkala kaki kananku menapak setapak ke ruang pejabat yang hanya menempatkan 6 buah meja beserta komputer.

Aura sejuk sudah terasa sangat-sangat. Sejuk hingga bagai menggigit tulang belulang. Jaket kusangkut di kerusi dan tanganku pantas menghidupkan komputer yang sentiasa menunggu ku saban hari.

Jaket biru tua bercop 'Family of Quality' yang tersangkut di kerusi kucapai kembali dan kusarung ke badan. Sejuk bangat. Alat kawalan suhu penghawa dingin berjenama 'York Cooling King' kucapai dan punat di badannya kutekan untuk meninggikan sedikit suhu bilik yang semakin membeku ini.

Perut sudah kuisi di pantri tadi. Sebungkus bihun goreng warna hitam gara-gara kicap terlebih yang kubeli di warung corner 14 sudah selamat masuk ke dalam perut ku yang sudah berkeriuk. Bersarapan sambil berborak-borak dengan Nurul si Sales Coordinator bahagian CSS (Cable Support System k!). Cerita kami hanya berkisar anak kecil kami yang baru berusia beberapa bulan. Tiba-tiba aku terbayang wajah comel Aisyah. Rindu rindu dan rindu lagi.

Komputer jenama Dell yang berskrin leper kutenung lama. Terdetik untuk membuka akaun gmailku. Apa lagi blog aku la meskipun blog aku takde ramai follower. Ada aku kesah?


Entri Aina Emir menggamit perhatianku. Pantas saja jari jemari ini mengklik pada link menggunakan mouse hitam juga jenama Dell. Bukan entri kali ini yang benar-benar menarik perhatianku. Tetapi tiba-tiba hati ini diserang rasa sebak.

Karya penulisan Aina Emir sering juga kubaca. Hanya Kita Berdua sebuah novel yang berjaya membuatkan hatiku sebak hingga menitiskan air mata. Hingga kala ini, aku masih ingat akan jalan ceritanya dan sering kali terbayang situasi yang berlaku kepada watak utama novel itu. Tapi aku rasa aku ingat-ingat lupa pula nama watak-watak utama dalam novel tu. Hahaha..gelak orang jahat giler.

Aku galakkan korang baca novel ni. One of my favourite k. I loike..

*Fokus melakukan kerja dulu. Aku amat mengaku yang aku ni perasan rajin jadi aku nak setelkan kerja dulu*


:
:
:
:


Sedang aku yang perasan rajin ni menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, dua orang cina di hadapan ku ber cong ceng. Aduhai..hilang fokus! Sebenarnya situasi ini adalah hal biasa. Hampir setiap hari aku mengalami situasi begini. Tetapi, oleh kerana aku perasan rajin yang melampau hari ini, aku agak berang dengan mereka yang memekak pagi-pagi di hadapan aku. Hilang fokus k!

Aku tetap bersahaja mengekalkan keayuan wajahku meskipun hati ku sudah memaki mereka berbakul-bakul. Aku seorang yang profesional. Apa ada hal.

Segera aku menyelongkar beg tangan hitam bercorak kotak-kotak yang kuletakkan di rak belakang kerusiku. Earphone kucapai dan sudah pasti untuk menyumbat kedua belah telinga ku. Aku sanggup mendengar lagu-lagu merepek zaman kini dari aku hilang fokus.

Tapi jangkaan ku meleset. Tidak semua lirik lagu zaman sekarang ni merepek. Tiba-tiba aku aku diserang perasaan sebak lagi. Aduh..sedihnya. Hatiku seakan dicarik-carik. Hidung ku terasa kembang kempis menahan sebak tahap melampau ini.


Pantas saja jari jemari ini menaipkan 'Teman Pengganti' di laman en. Google untuk menghayati bait-bait lirik yang berjaya membuat aku menitiskan airmata. Memang sedih giler..

Dan aku menyambung perasaan sebak aku dengan menghayati lirik lagu tersebut sambil mendendangkan lagu tersebut dengan penuh perasaan. Siap buat gaya black tarik suara ho. Sebak bertambah menggunung tidak memasal pabila aku terkenangkan aku yang seakan tersisih di dunia SBN. Tarik nafas panjang..hembus (lakukan 100x).

Fuhh.. lega.. tak mau la touching-touching. Tak rock la!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code