Pabila Warga SBN Berhari Raya

By Mar Mansor - 10:02 PG

Setiap tahun rombongan Cik Kiah (warga SBN) akan berhari raya dari rumah ke rumah. Tapi takde la sampai semua rumah kami pergi.

Tahun ni, aku beraya bertiga.

Cik Aisyah aku tu memang kuat mengaruk kalau tempat yang orang ramai. Dia cepat rasa rimas. Mula-mula ok la sangat-sangat sebab dia memang suka berjalan, tak suka duduk diam.

Tapi lama kelamaan, mula la dia berkaraoke, tanda protes nak keluar dari kesesakan manusia yang memenuhi segenap ruang rumah.

Dan secara automatik, aku tak dapat bergosip sakan. (Hahaha..suka sangat tambah dosa kan..)

Aku sempat snap gambar untuk rumah pertama je. Rumah selebihnya memang terlupa nak snap. Mana tak nya, sibuk melayan anak dara aku yang sorang ni.  Sabar ajelah..

Aisyah bersama Ayah tercenta


Diorang-diorang tu semua tengah nak ambil makanan


Sambil menyuap makanan ke mulut, sambil tu bergosip sama..uhuk uhuk..


Makanan tuan rumah yang dah kena bedal dengan kitorang yang amat-amat kebulur
(Hishh..dah tinggal mee je? T__T)


Tak abis lagi bergosip


Ha..itu lah tuan rumah. Rumah pertama yang kami serbu pastu aku memang isi perut giler-giler penuh sebab takut Cik Aisyah mengaruk (kompem!!)



Nota kaki : Maaf la tahun ni takde buat open house..

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.