Minggu ini sememangnya minggu yang sangat sibuk bagi kami di CP seksyen. Ibu? Nak fengsan... Mana tidaknya, inspection every single day. Berpiar biji mata kalau dah lebih 8 jam bertungkus lumus menyiapkan kerja. Penat, memang penat. Tapi, bersabar untuk mengeluh walaupun kadang kala ia terlepas juga.
Ditambah pula satu tugasan yang tiba-tiba datang dan duedate on 15th Feb. Rasa nak tampar je PC ni laju-laju.
Kerana kesibukan luar biasa ini juga ibu merindui akan blog ibu ini. Blog kawan-kawan juga. Rindu dengan kamu..kamu..dan kamu.. Cuba untuk melapangkan masa sedikit dan mengupdate blog.
Sebelum lunch time hari ini, kami menerima sepucuk surat layang dari management. Oleh kerana terlalu perasan sibuk, ibu abaikan dulu kegembiraan hati kerana penjimatan duit poket untuk makan tengahari hari ini. Konsentrasi pada kerja sangat penting, takut salah itu ini dan ibu juga akan menjadi mangsa terakhir.
Received email from management
Abaikanlah makan-makan sempena apa pun, yang penting halal dan perut kenyang. Tidak sempat pula ambil gambar menu. Tiada nasi goreng seperti di dalam email tetapi Nasi Beriani Kambing pula menjelma. Yang terkilan tu, Udang Butter Nestum sudah licin, tinggal kepal udang dan kerak-kerak nestum sahaja. T__T
Mana tidaknya, dalam email mention 12.30pm, bila kami terjah hampir semua sudah selesai makan. Hamboihh.. Ibu sudahlah macam sotong kat belakang. Tapi tidak mengapa. Redha sahaja, makanlah apa yang ada. Tidak menjadi hal.
Selesai menjamu selera, ada lucky draw pula. Sebenarnya untuk melicinkan hamper-hamper yang big bos dapat sempena CNY. Daripada menyemak dalam bilik dia tu, baik dia bagi kami-kami ni. Sedekah kan lebih mulia.
Sesi mengedarkan cupcakes
Masa ni dah stanby untuk lucky draw
Muka berlagak sebab menang Blender Philips..hadiah paling besar..(cehhh ibu nak Iphone!!)
Muka-muka excited ambil hadiah
Cupcakes yang comel-comel dan sedap..
Lepas ambil hadiah, dah balik office. Sambung kerja!!!!
Nota Kaki : Mahu berangkat pulang ke teratak hamba..Rindu pada Aisyah..huhu
13 Ulasan
Wah tahniah
BalasPadamtahniah menang blender tu.. nampak meriah tu..
BalasPadamhari tu dapayt gak cabutan bertuah. tapi dapat cawan je. haha
BalasPadamsinggah2 la sini pulak :)
rezki rezki jangan di tolak kan sis
BalasPadamalhamdulilah tgh2 tensen bz kerja dpt gak release minda tu ngan jemputan mkn2 tu kan..nak2 pulak dpt hadiah besarrrr hehehe
BalasPadammata terfokus kat cupcakes tu
BalasPadambetui er minggu ni rasa ngidam sangat ke kek..ekekeke :)
Alhamdulillah...
BalasPadamselamat berhujung minggu..
Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
BalasPadamwah..bestnyer...
BalasPadamTahniah, rezeki.
BalasPadamP/S: Stok buku Tetamu Istimewa sudah ada di tangan saya. Jika berminat, boleh maklumkan kepada saya. Boleh rujuk entri di blog saya.
Wahhh!menang blender ok..rezeki2...
BalasPadammcm best aje tmpt kje ibu buat giu..ramai melayu ke ibu?
BalasPadammcm best aje tmpt kje ibu buat giu..ramai melayu ke ibu?
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.