Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Punca Meroyan


Terkejut mendengar decitan sebuah kereta. Berdesing telinga kami walhal berada di dalam perut kereta yang bertutup tingkapnya serta berhawa dingin. Kereta comel kami sedikit terhoyong hayang mengelak si celaka itu. Kemudian, kereta satria kelabu asap itu menekan brek pula di hadapan kami.


Pemandu kereta itu adalah contoh pemandu yang tiada adab. Seorang pemandu yang suka memandu secara melulu dan membabi buta. Hanya memikirkan kehebatan kereta cabuknya. Padahal hanya memecut di jalan raya Malaysia yang sesungguhnya jammed sana sini.


Seorang yang mempunyai akal kontot kerana memecut di lampu isyarat, sedangkan berderet lagi kereta di hadapan menunggu giliran. Bahkan, semua pengguna jalan raya tahu keadaan jalan raya di Malaysia yang agak kurang ketrampilannya. Lubang sana sini. Jalan raya rosak sana sini. Kerana itu, tidak perlu memecut kereta seolah keretamu itu sebuah Ferrari. Ferrari juga terpaksa akur, hanya mampu berkelajuan 80km/jam tatkala jalan jammed dan dipenuhi kenderaan yang bertali arus.


Hilang kesabaran berhadapan dengan situasi ini, ayah masuk ke lorong kiri ingin menyaingi pemandu celaka itu. Memang dasar keparat. Sekepal penumbuk kami hadiahkan dari balik cermin. Oh.. betina di sebelahnya mula meroyan. Menurunkan tingkap kereta dan mencemuh. Entah apa kata nistanya. Ada kami kesah??


Kami melepasi mereka dan terus berlalu. Rupanya tidak habis di situ, si satria kelabu itu menyaingi kami pula di lorong sebelah kiri dan dengan berlagaknya membuka tingkap seolah memaki kami. Ibu buat isyarat 'jari telunjuk ke kepala' tanda kamu berdua manusia yang tiada otak. Mungkin otak terletak di lutut. Salah siapa? Salah kamu wahai pemandu, si jantan celaka.


Si betina dengan berani dan megah dengan gaya mahu gaduh. Ini satu contoh tidak sihat malah contoh seorang betina yang agak bongok kerana dia bersungguh-sungguh membela jantannya. Sedangkan dia tahu, si jantannya itu memandu dengan cara sangat merbahaya. Mungkin jika bukan ibu berada di situasi itu, ada orang lain yang mengalami nya. Jikalau ibu sedng memandu sebuah lori, tanpa rasa bersalah akan kusondol mereka.


Nak gaduh sangat kan? Jom gaduh. No problem. Tapi..........


Ibu bukan manusia tidak bertamadun begitu. Tak hingin bergaduh dengan orang macam tu. Dasar pemandu tidak beradab. Sudah ternyata kamu salah. Usah menegakkan benang yang basah.


Cukup sudah sesi meroyan. Sesekali meroyan tidak salah kan. Satu infi juga tau.


Kereta satria berwarna kelabu benombor flat WJC####. Tak ingat pulak nombornya. Tadi ingat. Hahaha.. faktor usia, tidak mengapa.




Nota Kaki : Kena stanby tukul dalam kete. Nak kasi pecah itu kereta.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ehehe tak apa sekali sekala meroyan kat blog..paling tak sukala pemandu yg tak beradab tu sis..lagi2 kalau langsung tak bagi lampu signal buat panas hati mcm tu

    BalasPadam
  2. wahhhhhh nak spare tukul besi ke mar..aiyoyoyoy pas kenalah theyol tu..jgn cari pasal dgn mar ok hehe

    BalasPadam
  3. aiza pun pernah mengalami situasi macam tu juga di traffic light.. masa tu keluar hujung minggu dengan mak dan adik.. perempuan di sebelah pemandu tu yang lebih-lebih, siap tunjuk isyarat tangan yang tak elok lagi.. sedangkan lelaki tu memang biadap.. akhirnya aiza slowkan kereta dan biarkan je si biadap tu pergi..

    BalasPadam
  4. selalu jumpa driver kurang ajar macam nih. Rasa time tuh nak bawak lori jer langgar diorg

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code