Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Susu Ilham untuk Anak


Pernah dengar atau nampak susu ini? Ibu pernah nampak beberapa kotak di sebuah Klinik Ibu & Anak di taman rinting. Ketika itu, Aisyah masih kecil, umur di bawah setahun. Akibat kegagalan mendapatkan susu yang secukupnya dari ibu, pasti ibu mahu yang terbaik untuk Aisyah.

Beberapa bulan yang lalu, ada terbaca iklan mengenai susu ILHAM di dalam surat khabar Metro. Pertama kali membaca penerangan mengenai susu ini, hati ibu sudah tertarik kerana salah satunya bertujuan untuk meredakan hati bayi yang agak hyperaktif.

Semakin Aisyah membesar, semakin tidak mendengar cakap dan suka memberontak. Seperti entri Temper Tantrum, semakin hari sifat marah dan memberontak semakin ketara.






Antara khasiat yang terkandung dalam susu ini adalah :-

Badam

- Telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di  Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan India sejak beribu tahun dahulu bagi tujuan merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan. 

- Menurut pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih protein jika dibandingkan dengan bijirin lain.

- Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tingi.

- Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur. 

- Membantu proses pembesaran kanak-kanak, selain membina tilang dan gigi.


Kurma

- Mengandungi 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga segera dan konsisten kepada kanak-kanak.

- Mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit.


Kismis

- Mempunyai khasiat pemakanan seperi mineral, serat dan vitamin yan gmerupakan nutrisi penting untuk badan.

- Merangsang minda.









Untuk keteranga lanjut boleh layari http://www.ebunda.com.my/ilham.html.




Nota Kaki : Susu ini mengandungi terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ada terdengar ttg susu ni baru2 ini.. baru jelas .. t kasih diatas info ini ye Mar..

    BalasPadam
  2. aiza pernah mendenga mengenai susu ilham ini di dalam iklan radio rasanya.. banyak khasiatnya ya..

    BalasPadam
  3. saya agak skeptikal dengan makanan terapi alquran.. in the end.. doa dan bacaan alquran ibu bapa sendiri lebih baik..

    dan..kalau baby bawah setahun kena check betul2..sama ada sesuai tak diberi susu yg mengandungi badam, kismis dan sebagainya.. tengok juga takut ada perasa tambahan..

    maaf..saya bukan apa..ramai orang yg suka buat duit dengan product ala ala islamik.. kita mungkin jaga betul2 tak langkah dan sebagainya.. tapi tak tahu bagaimana penghasilan kat kilang.. mcm mana kat kedai buat..masa susun.. angkat..

    BalasPadam
  4. kandungan susu ni nampak bagus dan elok..tapi tak tau rasanya..nanti bile Medina dah start minum susu FM, boleh introduce kat dia nanti..

    BalasPadam
  5. Saya dah pernah beli sekotak susu Ilham ni dah bagi Haziq dan Aimi minum. Reaksi diorang

    Haziq (3yr) - Mama, sedapnya susu ni. Haziq nak lagi satu botol.

    Aimi (1 yr) - belum pandai cakap lagi. Tapi saya buat satu botol 6 oz, dia terus habiskan minum 5 oz sekali minum. Padahal nak minum susu dia sebelum ni pun susah dia nak abiskan.

    Tapinya, saya beli sekotak tu jela, atas alasan, quite pricey. :)

    BalasPadam
  6. kdg2 susu2 mcm ni lagi mahal dr susu biasa...tp tulah kandungan dia lebih baik dr susu biasa

    BalasPadam
  7. Sy mmg bg anak susu ilham ms anak sthn 3bln..dgn hrpn utk bg tbaik pd anak lps xdpt bf dia..cz risky pregnt..ank mmg sgt suka susu ni..tp yg buat sy jd xsdp ati..susu ni klu ttumpah..baik ms serbuk susu atau air susu..semut akn hurung byknye..pnh juga ank ttdo..susu ttumpah kt katil..brp jam lps ti tgk blk tmpt tumpah kt cdr tu dh pnuh semut..1 lg..sy prsn gg ank sy blubang dpermukaan gg...lama2 jd bsr sdgkn ank sy xdidedahkn lgsg ngn mknn mnis tmsuk gula2..coklat sume...bile bwk g dentist...doc ckp ni karies susu..n akibat dr karies kcik mjdi bsr n metebak..sy trus stopkn susu ni..psoaln sy..ada gula ke dlm susu ni...khasiat selain mnis..susu ni mmg bgus...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code