Pernah dengar atau nampak susu ini? Ibu pernah nampak beberapa kotak di sebuah Klinik Ibu & Anak di taman rinting. Ketika itu, Aisyah masih kecil, umur di bawah setahun. Akibat kegagalan mendapatkan susu yang secukupnya dari ibu, pasti ibu mahu yang terbaik untuk Aisyah.

Beberapa bulan yang lalu, ada terbaca iklan mengenai susu ILHAM di dalam surat khabar Metro. Pertama kali membaca penerangan mengenai susu ini, hati ibu sudah tertarik kerana salah satunya bertujuan untuk meredakan hati bayi yang agak hyperaktif.

Semakin Aisyah membesar, semakin tidak mendengar cakap dan suka memberontak. Seperti entri Temper Tantrum, semakin hari sifat marah dan memberontak semakin ketara.






Antara khasiat yang terkandung dalam susu ini adalah :-

Badam

- Telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di  Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan dan India sejak beribu tahun dahulu bagi tujuan merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan. 

- Menurut pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih protein jika dibandingkan dengan bijirin lain.

- Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tingi.

- Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur. 

- Membantu proses pembesaran kanak-kanak, selain membina tilang dan gigi.


Kurma

- Mengandungi 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga segera dan konsisten kepada kanak-kanak.

- Mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit.


Kismis

- Mempunyai khasiat pemakanan seperi mineral, serat dan vitamin yan gmerupakan nutrisi penting untuk badan.

- Merangsang minda.









Untuk keteranga lanjut boleh layari http://www.ebunda.com.my/ilham.html.




Nota Kaki : Susu ini mengandungi terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.