Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pening Gara-gara??


Lunch time semalam, keluar lunch di Tesco Seri Alam. Tempat paling dekat dengan tempat kerja. Ada je tempat makan lain, tapi entah la kenapa tuju ke sini.

Selera makan sememangnya tumpul dari pagi, entah kenapa. Akan tetapi berjaya juga menghabiskan sebungkus nasi lemak sebagai sarapan pagi. Sarapan pagi adalah wajib. Makan tengari pula biasanya makan yang ringan-ringan sahaja.

Ibu dan seorang rakan memilih untuk makan di food court sahaja. Masya Allah, ramainya manusia. Mungkin kerana masing-masing masih bercuti lagi. Teringin makan mee hailam, so order lah.

Masa makan tu memang tak ingat apa, sedap juga. Makan dengan berselera. Cuma ada terasa juga rencah di dalam mee tersebut kurang segar.


Kredit to Google - pinjam ye..


Masuk kerja seperti biasa. Tidak lama kemudian, rasa pening yang amat sangat hingga tidak mampu memandang skrin komputer. Apatah lagi membuat kerja. Mula lah pandang sana sini (permandangan yang jauh), mahu merehatkan mata. Tidak berkesan pula.

Masuk ke tandas, tanggalkan tudung, cuci muka, basahkan rambut sedikit. Ohhh...lega sebentar sahaja.

Tiga kali berulang alik ke tandas dan akhirnya muntah semahu-mahunya. Muntah meluncur seakan air paip. Ahh..lega meskipun tekak masih terasa kembang kuncup.

Opssss..ibu belum mengandung lagi ye kerana sekarang ini dalam tempoh datang haid.


Gara-gara kejadian semalam, ibu tobat untuk makan mee kuning. Huhuhu.. Lunch time hari ini tidak ke mana-mana pun. Pagi tadi sudah menapau nasi goreng dan ayam goreng berempah. Sedap...




Nota Kaki : Mungkin mee hailam tu terlalu berminyak..ishh..tobat...



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Assalamualaikum kak, hehe baru nak tegur mungkin ada isi. hihi. takpe sheila doakan akak sekeluarga murah rezeki. dapat banyak anak. hehe sedapnya mee hailam tu, lama tak makannnn

    BalasPadam
  2. mee kuning ni dia ada letak sumthing yang merah tu kan..kalau tak cuci betul2 tu yang bahaya..

    BalasPadam
  3. diorng buat mee kuning tu campur air kapur kot

    BalasPadam
  4. sy sgt suka mkn mee hailam..tp pg td dah mkn mee goreng rsa x sedap perut la..huhu

    BalasPadam
  5. mee hailam mmg fav sy juga... munkin tk sesuai mee kunin tu atau kandungan dia tu ada terlebih sesuatu bahn kot..kan..

    BalasPadam
  6. ni kes silap makanlah ni.... kalau Farah pun tobat juga...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code