(Sila Klik untuk baca)

Entri berulang yang ibu sajikan ini adalah kerana kejadian pagi tadi di hadapan ibu ketika melangkah masuk kawasan kilang.

Ibu berishtigfar banyak kali agar dijauhkan dengan perangai buruk dan dijauhkan dari fitnah. Allahuakbar, perkara yang ibu takuti sebagai seorang isteri dan ibu adalah 'skandal di tempat kerja'.

Tidak perlu untuk menonjolkan diri dengan perkara sebegitu kerana ianya salah dan berdosa. Niat ibu bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati, semoga ibu sentiasa terpelihara dari segala fitnah.


Tepuk dada tanya iman..

Pokok tidak akan bergoyang dengan sendirinya..
(angin yang goncang atau monyet..kih2)


Kredit to Google

Jika ada yang menegur, anggaplah ianya satu nasihat, tanda memberi peringatan sesama muslimah, tanda dia sayangkan kita dan berterima kasihlah dengan setiap teguran kerana teguran itu boleh mengubah sesuatu kejadian dengan izinNya.

Bukannya dimaki orang yang menegur, menjeling dan mengomel sendiri dan kemudian berkata.."macam bagus sangat..", "macam la dia tu baik sangat. ntah-ntah lagi teruk dari aku..".

Ingatlah kita hidup bermasyarakat. Dan ingatlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!!!!!