Semalam cuti umum, 1 Malaysia. Ayah pun cuti. Siapa sangka angan-angan ibu tempoh hari menjadi kenyataan. Andai Itu TakdirNya. Betul-betul fikirkan ayah mengigau sebab adalah mustahil dia membaca blog ibu. Dia tahu ibu ada blog tapi sekali pun dia tidak pernah tahu apa yang ibu dongengkan dalam blog ini.

PetakBunga sila percaya bahawa ini bukan dalam mimpi. MummyDearie jangan cemburu pula. Berkongsilah kebahagian ini bersama rakan alam maya mu ini. Ahaksss..


Cuti yang tidak ada perancangan mahu ke mana-mana. Untuk mengelakkan kebosanan di rumah ditambah pula Aisyah yang asyik mengajak ibu menonton Frozen buat entah ke berapa belas kalinya. Ohh..

Maka berjalan-jalanlah kami tanpa arah tuju yang pasti sambil membelek-belek kedai-kedai handphone yang ada di dalam Giant Plentong. Membelek kedai, bukan membelek handphone, sila perhatikan kata kunci di situ.

Sambil melayan karenah Aisyah yang tak akan duduk diam. Aktif sungguh anak dara nan satu itu meskipun menyarung gaun berbunga-bunga dan terpancar keayuan di situ tetapi tetap berlari-lari berkejaran hingga ibu lelah mengejarnya dan terpaksa singgah 10 minit di gerai "each a cup" bagi menghilangkan dahaga. Ditambah pula cuaca panas dan nafsu yang menggoda, tidak mampu ditolak.

Sesi berkejaran tamat apabila kami masuk di sebuah kedai menjual barangan elektrik dan di situ juga ibu terduduk kepiluan, sebelum memikir sejuta kali adakah perlu. Setelah berbincang dengan ayah, itu pun setelah satu giant kami tawaf bagi merancakkan perbincangan dan main kejar-kejar bersama Aisyah, akhirnya ayah merestuinya.


Adakah ini yang ibu pilih?



Nota Kaki : ^___^