Assalamualaikum

Review : Air Fryer Tanpa Jenama | Sebenarnya masa beli ni saya dah survey banyak jenama lain. Cuma masa beli saya menggunakan boucer RM50 Shopee yang dapat setelah job Shopee selesai. Tak semua produk boleh dibeli menggunakan boucer ni, makanya saya bacalah review pelanggan yang telah membeli produk-produk air fryer yang ada.

Ntah macam mana review di seller ni memang banyak dan semua respond positif. Dan kebetulan pula bila masuk code boucer, memang lepas, boleh digunakan. Teruslah masuk chart. Terus je buat baki pembayaran. Selesai. Chat seller dan tunggu jelah barang sampai nanti.

Dalam pada hari menunggu barang sampai ni, ada jugalah check status barang sudah deliver ke belum. Masa tulah baru terperasan yang air fryer yang saya beli ni takde jenama. Ahhh sudah. Dah beli pun. Bak kata en.suami, beli tak memikir, ginilah. 

Pada awalnya memang saya dah survey pelbagai jenama yang ada dan berminat nak beli jenama Russel Taylor seperti yang kawan saya pakai. Dia pakai dah berbulan jugalah, dan ok je.

Bila dah terbeli yang tanpa jenama ni, tawakal ajelah sebab saya tambah baki dalam RM127.33 lebih gitu jela. Harga sebenar air fryer ini RM169.99. Warranty sebulan sahaja.

Bila barang sampai, memang keterujaan lain macam. Happy giler. Besar juga saiznya ye. Air fryer tanpa jenama saya beli ni berkapasiti 2.6L. Barang dah sampai kan, haruslah mencubanya. So far ok je, cuma belum pandai sangat adjust berapa minit untuk makanan masak sempurna.


Menu pertama saya cuba, ayam goreng ala KFC. Pada saya, agak kering, tak macam goreng dengan minyak. Tapi, nak sedap, spraykan minyak sikit. Tak pun renjiskan minyak, bagi ayam tu basah. Kemudian, masuk dalam air fryer, set suhu dan masa, tinggal. Tunggu bunyi 'ting!'. Makanan pun siap. Mudah betul kerja memasak kan?


Berapa lama saya dah guna air fryer ni? Sudah 2 bulan dan ok sangat kalau nak masak frozen food. Bakar ayam pun senang sebab boleh tinggal gitu aje kan. Yang pasti, menjimatkan penggunaan minyak masak! Memang rekomen la untuk para ibu memiliki air fryer ni. Jenama apa ke, mahal ke murah ke ikut pada poket koranglah.