Abah kata, dulu takde saingan dengan orang lain memang muai lah pendapatan menjual petai ni. Setakat jual dalam felda tu dah dapat RM300 - 400. Sekarang, ada juga orang lain yang dah menjual petai ni. Tambah pula sudah beberapa kali kita dilanda gerhana lah kemarau lah kan, hasil pokok petai kali ini kian merosot.
Tapi, ibu bukan cerita besarnya. Cuma nak cerita, kami anak beranak puaslah makan petai bila pokok petai berbuah. Bagi sorang sikit. Yelah petai kampung ni fresh, takde letak bukan-bukan. Memang powerlah dari segi rasa dan baunya.
Petai-petai ni abah kait bersama adik saya. Tujuan utama untuk beri pada saudara mara esok harinya sebab kami akan menghadiri majlis persandingan sepupu di Sg Sayong. Sesambil tu, juallah sekali. Sekarang kan zaman online kan. Masuk ajelah iklan dalam group whataps, in sha Allah adalah respond nanti. Dapatlah abah 11 ikat jual sekali kait tu.
Seikat ada 6 papan dijual dengan harga RM5. harga kampung je kan. Kalau kat JB jangan harap lah dapat harga macam ni lagi kalau bukan musimnya.
Sambil duduk-duduk dan berbual, saya kopeklah biji petai ni untuk disimpan dan sebahagian lagi untuk dimasak. Memang sedap petai ni dimasak bersama udang. Apa lagi kalau bukan menu Sambal Tumis Udang Petai.
Petai ni meskipun berbau tapi banyak khasiatnya.
10 khasiat petai:-
1- Menurunkan darah tinggi.
2- Mengatasi anemia.
3- mengurangkan stress.
4- Mengurangkan kemurungan.
5- Mencegah terjadi stroke.
6- Melawaskan penghadaman.
7- Membantu untuk kurus.
8- Mengurangkan senak perut.
9- Membuang angin badan.
10- Awet muda
12 Ulasan
Boleh tahan tinggi juga pokoknya ye,..klau baru tanam entah berapa tahun nak menunggu nak tengok buahnya yang unik tu keluar😅
BalasPadamBaru je beli petai...Banyak khasiat petai nih..Tp tak tahan baunya lepas mkn...Haha
BalasPadamMar, kalau ada balik kampung bagitaulah, kalau ada petai nak beli...
BalasPadamlama x makan petai..weekend ni nak masak sambal petai lah haha
BalasPadamuntung ada pokok petai..
Akk suka petai!
BalasPadamsuka bau dia dalam sambal, tapi tak reti makan.haha..sedih
BalasPadamarghhh tak suka petai!!
BalasPadamDulu zaman bebudak, cukup suka dengan petai ni, tapi bila dah jadi MakBudak, dah kurang suka sebab baunya.. wakakaka..
BalasPadamassalamualaikum mar...geram jer tengok mata petai tu cantik jer...
BalasPadamhuwaaaa ,, kita tak makan petai... bestnyaa nengok orang suka makan petai.
BalasPadambestnya ada pokok sendiri boleh makan fresh2 dr pokok hihi
BalasPadammurah tu dik, aritu ada jgk beli petai 5papan rm10 tp isi mmg besar2 n elok puas la mkn laki bini petai tuh....
BalasPadamni cuti 3 hari, compom cari petai lg... akak selalu ujung minggu je mkn petai... hr keje mls lah nk mkn hehhehe...
elok bsr2 jgk mata petai tuh dik... mcm mak akak la kt belakang umah ada petai sepokok, tahun ni baru mula berbuah... hari2 mak akak duk skodeng hehehhe tkt di mkn monyet katanya
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.