Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Proses Buat Buku Pink di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Masai

Assalamualaikum

Proses Buat Buku Pink di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Masai | 24.09.18 - Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk buat buku pink untuk kali ke-3. Saya ke KK 3 minggu lalu untuk mendapatkan tarikh temujanji dan inilah hari yang dinanti-nantikan. Macam ada perubahan jugalah dari segi procedure di sini.

Pertamanya, saya cukup bersyukur diberi peluang mengandung sekali lagi, untuk kali ke-3. Alif pun sudah 3 tahun dan sudah faham dengan sekeliling. Perancangan kami berjalan dengan baik sekali. Siapa sangka, selepas selesai event tempohari, saya kira saya akan period seperti bulan-bulan sebelumnya, tapi rupanya tidak. Padahal sakit perut macam senggugut jugalah. Nak jalan pun terasa sakit.

Tanda awal kehamilan memang banyak. Lagipun, simptom mengandung untuk setiap anak memang tak sama. Agak susah nak bezakan tanda period & dah pregnant. List yang dikongsi ibusyurga sebanyak 23 tanda kehamilan sangat membantu.

Selepas seminggu tidak datang period, saya membuat UPT. Result +ve, alhamdulillah. Bila sudah tahu diri mengandung, memang tak dapat lasak la bila ke BRGC tempohari. Balik dari BGRC, saya buat scanning di klinik swasta dahulu. Yelah, dengan sakan bermain air, berjalan sana sini, risau juga kan dengan kandungan yang masih baru. Alhamdulillah, semua baik-baik aje.


Sebelum membuat buku pink, kita perlu ke KK dahulu untuk tetapkan tarikh temujanji membuat buku pink. Nurse akan beri tarikh berdasarkan kekosongan yang ada. Untuk buat buku pink, prosesnya mengambil masa yang agak lama juga sebab nurse perlu semak sejarah-sejarah mengandung kita. Macam saya, mengandung kali ke-3, nurse perlu semak sejarah 2 anak saya sebelum ni. Yelah, mana yang ada masalah perlu extra caring.


Dokumen yang perlu dibawa untuk proses membuat buku pink:-

1- Kad pengenalan diri (original & copy)
2- Buku mengandung yang lama.
3- Sijil nikah/ kahwin (salinan asal & 2 copies)
4- Kad pengenalan suami (copy).
5- Scan terbaru.
6- Bil api/air (jika alamat tidak sama dengan kad pengenalan).

Akhirnya, selepas 2 jam, selesailah proses buku pink saya.

Ini pula sejarah-sejarah mengandung saya.

Temujanji berikutnya.

Kali pertama temujanji, HB saya ok lagi. 12.6. Disebabkan sejarah anak ke-2 saya yang macam-macam masalah, saya diberikan obimin. Dan temujanji saya pun tengoklah 2 minggu lagi. Minum air gula uiiii.. Terbatuk kejap. Moga terlepas lah GDM untuk kali ke-3 ni.

Nasihat saya, bila tarikh temujanji sudah diberikan, sila patuhi masa yang ditetapkan. Kalau temujanji telah ditetapkan jam 8 pagi, datanglah awal, sebelum 8 pagi. Sama-sama bertolak ansur sebab ramai patient yang perlu nurse dan doktor handle.





Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. alhamdulillah
    tahniah ibu..
    doakan juga untuk ciksu di sini ye..
    kalau lah still di seri alam nk je gi jumpa ibu kt klinik masai tu.. saya tahu kk masai tu hihi
    jaga diri tau..
    kim salam baby ye

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. dah buat buku pink.. KK kat sana kena buat appointment dulu ye mar utk buka buku? sbb ramai sangat kot kann..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah... tahniah dik, jaga diri baik2 ye...
    seronok tgk kwn2 yg menambah ahli ni... kita ni cuma boleh doa je moga ada rezeki lg menambah anak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...Semoga dipermudahkan untuk 3rd journey..take care tau!!

    BalasPadam
  5. ain doakan semoga semuanya dipermudahkann...

    BalasPadam
  6. bestnya buku pink..hehehe.tak bestnya asyik kena gi klinik je..adudu...moga proses selanjutnya dipermudahkan mar

    BalasPadam
  7. wah terima kasih atas info. jemput ke laman web
    Buku Pink

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code