Cik Aisyah menunggu giliran dengan penuh sabar.
Kemudian, staff membawa Cik Aisyah ke bahagian pendaftaran. Pendaftaran adalah percuma sahaja ye. Proses pendaftaran yang mudah dibuat di sini. Staff guide Cik Aisyah untuk mengisi maklumat. Selesai pendaftaran, gambar Cik Aisyah diambil. Kemudian, Cik Aisyah diberikan kunci seperti yang dipakai tu. Kunci inilah tanda tamat setiap aktiviti di setiap stesen.
Sebelum memulakan aktiviti sempat juga Cik Aisyah merasa keenakkan susu S-26 Gold Progress ni. Barulah rasa cergas dan cerdas untuk melakukan aktiviti kan. Tengoklah tu berselera sungguh dia minum susu tu.
Dimulakan dengan Number Station. Di stesen ini Cik Aisyah didedahkan dengan nombor dan daya ingatan. Seronok permainan ni sebab setiap level permainan memerlukan memori yang kuat sebab perlu ingat kedudukan nombor.
Selesai number station, kita ke Word Station pula. Di stesen ini Cik Aisyah didiedahkan dalam menyusun bongkah kayu, mengenal bentuk yang dihasilkan dan akhir sekali mengeja bentuk yang dihasilkan. Contohnya, bongkah yang disusun berbentuk kucing. Maka, word yang perlu disusun adalah C.A.T.
Ada masa tau disetiap stesen ni. Terkial juga Cik Aisyah nak menyusun betul-betul tapi staff membantu dengan baik sekali. Bila dah faham, lajulah dia buat sendiri.
Art Station, stesen kegemaran Cik Aisyah sebab di stesen ini dia dapat mewarna gambar yang dia pilih. Ada terdapat beberapa pilihan gambar seperti unicorn, rama-rama dan naga. Cik Aisyah saya memilih gambar unicorn untuk diwarna.
Staff menyediakan kertas bergambar dan crayon. Gigih betul Cik Aisyah saya mewarna.
Inilah hasil mewarna Cik Aisyah. Colorful unicorn.
Selesai mewarna, staff akan meletakkan gambar tadi di satu monitor. Hasil mewarna Cik Aisyah tadi akan keluar di layar ini. Bertambah kegembiraan dan keterujaannya apabila melihat hasil seninya terpapar di layar skrin ini.
Stesen seterusnya, Physical Station. Di stesen ini Cik Aisyah perlu meniru gaya bayang di skrin.
Kemudian, Cik Aisyah perlu mengutip seberapa banyak khasiat yang keluar di layar skrin ini. Pendek kata, macam main game. Kumpul banyak khasiat, dapatlah point yang banyak.
Akhir sekali, selesai stesen terakhir, masuk Cik Aisyah ke Brilliance Brain Dome atau gua otak ini. Keadaan di dalam sedikit gelap tetapi penuh dengan keajaiban. Apakah keajaiban itu? Jom kita tengok!
Inilah keajaiban yang saya perkatakan tadi. Cik Aisyah dinobatkan sebagai Art Brilliant. Wohooo.. Nampak tak gambar Cik Aisyah belakang tu?
Tadaa... close up
Sudah dapat anugerah kan? Boleh la keluar dengan bangganya.
Selesai aktiviti, staff memberikan sekeping kad untuk redeem sehelai t-shirt. Bolehlah tebus t-shirt untuk Cik Aisyah di Brilliant Gift Station. Sila nyatakan saiz dan nama anak dengan betul sebab nama anak akan diprint di t-shirt tersebut. Wallah...cute sangat tau.
Di sudut sebelah Brilliant gift, ada promosi susu formula S-26 Gold Progress. Bolehlah beli susu S-26 Gold Progress banyak-banyak untuk stok anak-anak. Rugi kalau tak grab masa ni. Bukan itu saja, ada pelbagai jenis susu lain seperti Promama di mana susu ini khas untuk ibu mengandung.
Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari http://www.wyethnutrition.com.my/brilliance-playschool
27 Ulasan
menariknya aktiviti tu mar.. tahniah cik aisyah..
BalasPadamMemang menarik sebab menggunakan teknologi canggih
Padamseronok cik aisyah join aktiviti Brilliang Playchool ni..kan bagus kalau ada aktiviti lain macam ni kan...
BalasPadamMemang menyeronokkan. Yelah bagus kalau ada aktiviti lain macamni.
PadamIbu cik Aisyah dapat t-shirt tak? Activiti mcm ni berkonsepkan bermain sambil belajar. Bagus! Haah tepuk!! Hehe
BalasPadamTepuk jugak.. bagus aktiviti ni.
BalasPadampanjang betul tempat gantung kunci aisyah tuh..hahhahhaa...
BalasPadamorangnya pulak kecik..
Padamseronok nampaknya Cik Aisyah. Mak Lin pergi 2 kali. Adam dapat Physical, Iman Number anda Fateh Art ;) Yusuf belum boleh lagi. Huhuhu.
BalasPadamrajin mak.bagus..bagus..
PadamRajin zaman anak baby dulu pergi event macam ni. Dapat banyak info tentang baby dan paling best dapat sample susu. Hehe....
BalasPadamrezeki tu dapat sample susu.
PadamBudak budak kalau dah dapat aktiviti macam ni memang seronok. Kite nampak aktiviti macam ni senang tapi bagi budak budak agak mencabar sikit lah kan
BalasPadammemang menyeronokkan.siap ajak datang lagi.
PadamMesti menarik aktiviti ni kan..boleh tarik perhatian anak untuk explore dan mencabar daya pemikiran dan daya kreativiti mereke which is sangat bagus...
BalasPadamMenarik betul aktiviti nie. Siap dapat t-shirt yang yang printed nama sendiri pulak
BalasPadamUntungnya budak2 zaman sekarang ada macam2 aktiviti yang mencabr minda mereka. Bukan setakat boleh seronok tapi turut buatkan minda mereka berjalan
BalasPadambagus event ada aktiviti sebegini, setidaknya ibu bapa sedar kebolehan sebenarny anak-anak..so boleh gilap lagi kan
BalasPadamAnak-anak pasti rasa seronok dengan adanya event macam ni, mereka boleh join aktiviti sekali! ada dapat hadiah tak??? seronoknye boleh explore macam-macam
BalasPadamBestnya..i love dis kind of activities where we can know our kids potentials.
BalasPadamGud job Aisyah
Menarik juga aktiviti ni.Sesuai dengan kanak-kanak.
BalasPadamPelbagai aktiviti menarik disediakan. Mesti anak-anak seronok kan. Hehehe. S26 ni susu yang bagus. Ruby masa sebelum bg susu formula kat anak masa 2 tahun setengah usia mereka, ruby try minum susu ni. Sedapnya. Rasa dia tak meloyakan pun. Terus consume kat anak. Hehehe
BalasPadamSekarang ni ada banyak pilihan untuk kita ibu bapa hantar anak anak pergi sekolah yang betul. Sebab masa depan mereka dunia akhirat bergantung pada ilmu yang kita wariskan pada mereka sebgai bekal.
BalasPadamBagus a da roadshow macam ni. Boleh bawa anak anak pergi main dan cuba aktiviti
BalasPadamBestnya event begini dapat ajar anak-anak untuk lebih kreatif dan mengenal potensi anak-anak. Harapnya depa pergi Sarawak gak so boleh la suruh my sisters bawa anak-anak depa.
BalasPadamWow best nyer adik-adaik ni dapat bermain at the same time mom check out the product, senang mak nak jaga dia orang kat shopping mall.
BalasPadamaktiviti menarik tuk anak2 :) klo saya, saya pun nk tumpang sekaki haha
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.