Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi : Paru Masak Sambal Pak Mertua

Assalamualaikum
Resepi : Paru Masak Sambal Pak Mertua | Abah mertua saya memang pandai masak. Cucu-cucu dia mana yang dah besar tu memang suka giler kot apa-apa pun yang dia masak. Air tangan orang lama kan. Dia pula jenis suka memasak dan setiap masakannya memang cukup segala bahan dan rempah.
Kali pertama saya makan paru sambal air tangan dia saya dah jatuh cinta. Lain tau sedap dia. Sempat jugalah minta resepi dan pernah juga buat paru sambal ni.

Paru Sambal

Bahan-bahan:-
- Paru.
- Minyak masak untuk menggoreng.
- Air asam
- Garam
- Gula

Bahan kisar:-
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Lada kering (saya guna lada kering yang sudah siap dikisar)

Cara-cara:-
- Paru perlu dibersihkan dan direbus dahulu. Kemudian ditoskan. Boleh juga disimpan di dalam freezer.
- Paru yang sudah direbus tadi kemudian digoreng. Agak-agak tak lembik tak terlalu garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
- Untuk sambal pula, panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Masak hingga pecah minyak. Garing sedikit.
- Masukkan garam, gula dan air asam.
- Apabila sambal sudah masak dan sudah agak kering, baru masukkan paru yang telah digoreng tadi.


Nota Janji Kita : Air tangan pak mertua tak boleh nak dilawan sedap dia uii..




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Fav SA satu family ni..selalunya buat goreng berlada..setuju paru perlu di rebus dan digoreng terlebih dahulu

    BalasPadam
  2. macam mana rasa paru tu ye? wawa tak pernah rasa..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. I love paru sambal...Paru goreng celup tepung pun suka... =)

    BalasPadam
  5. alahai.... sedapnya sambal paru.... akak suka makan paru tapi tak penah msk utk kt umah sbb kang nnti akak sorang yg makan

    BalasPadam
  6. sedapnya...ain minat jugak makan paru ni.hehhehe...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code