Assalamualaikum
Majlis Aqiqah & Rumah Terbuka Kakak Sepupu | 07.07.2018 - Menghadiri jemputan aqiqah anak bongsu kakak sepupu dan juga jamuan hari raya di Taman Universiti, Skudai.
Kami gerak dari rumah lepas asar, tak sangka pula jalan jammed giler. Agak lewat juga kami sampai tapi tetamu masih ramai.
Bermacam juadah terhidang. Paling saya suka kambing bakar yang dimakan bersama sos lada hitam. Puas hati dapat makan banyak. Koktel hasil air tangan kakak sepupu juga tidak mengecewakan. Sedap!
Bersama Mak Cik Suri saya (emak kakak sepupu).
Di hadapan buai berendoi. Cute sangat.
Rupa-rupanya ada majlis sambutan hari jadi juga. Patutlah meriah sangat. Hari ulang tahun Kak Damia yang ke-8 tahun bertemakan Pony. Apa lagi anak yang dua ni bukan main syok makan gula-gula kenn..
Sedikit goodies beg untuk anak-anak. Untuk ibu ayah dapat goodies beg lain. Lupa pula nak snap. Sempat juga kami menapau lauk pauk yang ada. Alhamdulillah, rezeki.
2 Ulasan
seronok pergi majlis macam ni, dapat makan2. hehe
BalasPadamWahhh..Best..Best...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.