Assalamualaikum

Brilliance Playschool Roadshow Anjuran S-26 Gold Progress Di Johor Bahru | Wyeth mengadakan kempen #NurtureTheirBrilliance di mana ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama ibu bapa. Kempen ini bermula di One Utama (Petaling Jaya) pada 18-22 Julai, diikuti Tebrau City Mall (Johor Bahru) pada 25-29 Julai dan Queensbay Mall (Pulau Pinang) pada 16-19 Ogos.

Roadshow ini bertujuan untuk menerangkan kepada ibu bapa bahawa setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Setiap keupayaan mereka boleh digilap dan akan lebih bersinar dengan #S26GoldProgress & S-26 Gold Promise.

Kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas dijemput untuk menyertai roadshow ini kerana semua aktiviti yang ada direka khas untuk mereka. Apa yang menarik, selesai aktiviti dan permainan yang ada, kanak-kanak yang menyertai program ini berpeluang mendapatkan sehelai t-shirt berserta printing nama mereka tau!

Kini, roadshow brilliance playschool anjuran S-26 Gold Progress ini sedang diadakan di Aeon Tebrau, Johor Bahru. Kempen ini akan berlangsung bermula 25 hingga 29 Julai 2018.

Apa yang menarik, roadshow ini menggabungkan teknologi pintar kini di dalam setiap aktiviti seperti Virtual Reality, Augmented Realitiy dan Kinect. Ibu bapa juga digalakkan bersama-sama menyertai setiap aktiviti bersama anak mereka.

Saya dan Cik Aisyah memang teruja untuk menyertai aktiviti ini. Maka kami pun ke new wing centre court, Aeon Tebrau. Kemudian, ke kaunter terlebih dahulu untuk pertanyaan bagaimana nak sertai aktiviti di sini. Staff-staff semua baik-baik belaka.


Cik Aisyah menunggu giliran dengan penuh sabar.


Kemudian, staff membawa Cik Aisyah ke bahagian pendaftaran. Pendaftaran adalah percuma sahaja ye. Proses pendaftaran yang mudah dibuat di sini. Staff guide Cik Aisyah untuk mengisi maklumat. Selesai pendaftaran, gambar Cik Aisyah diambil. Kemudian, Cik Aisyah diberikan kunci seperti yang dipakai tu. Kunci inilah tanda tamat setiap aktiviti di setiap stesen.


Sebelum memulakan aktiviti sempat juga Cik Aisyah merasa keenakkan susu S-26 Gold Progress ni. Barulah rasa cergas dan cerdas untuk melakukan aktiviti kan. Tengoklah tu berselera sungguh dia minum susu tu.


Dimulakan dengan Number Station. Di stesen ini Cik Aisyah didedahkan dengan nombor dan daya ingatan. Seronok permainan ni sebab setiap level permainan memerlukan memori yang kuat sebab perlu ingat kedudukan nombor.


Selesai number station, kita ke Word Station pula. Di stesen ini Cik Aisyah didiedahkan dalam menyusun bongkah kayu, mengenal bentuk yang dihasilkan dan akhir sekali mengeja bentuk yang dihasilkan. Contohnya, bongkah yang disusun berbentuk kucing. Maka, word yang perlu disusun adalah C.A.T. 


Ada masa tau disetiap stesen ni. Terkial juga Cik Aisyah nak menyusun betul-betul tapi staff membantu dengan baik sekali. Bila dah faham, lajulah dia buat sendiri.


Art Station, stesen kegemaran Cik Aisyah sebab di stesen ini dia dapat mewarna gambar yang dia pilih. Ada terdapat beberapa pilihan gambar seperti unicorn, rama-rama dan naga. Cik Aisyah saya memilih gambar unicorn untuk diwarna.


Staff menyediakan kertas bergambar dan crayon. Gigih betul Cik Aisyah saya mewarna.


Inilah hasil mewarna Cik Aisyah. Colorful unicorn.


Selesai mewarna, staff akan meletakkan gambar tadi di satu monitor. Hasil mewarna Cik Aisyah tadi akan keluar di layar ini. Bertambah kegembiraan dan keterujaannya apabila melihat hasil seninya terpapar di layar skrin ini.



Stesen seterusnya, Physical Station. Di stesen ini Cik Aisyah perlu meniru gaya bayang di skrin.

Kemudian, Cik Aisyah perlu mengutip seberapa banyak khasiat yang keluar di layar skrin ini. Pendek kata, macam main game. Kumpul banyak khasiat, dapatlah point yang banyak.



Akhir sekali, selesai stesen terakhir, masuk Cik Aisyah ke Brilliance Brain Dome atau gua otak ini. Keadaan di dalam sedikit gelap tetapi penuh dengan keajaiban. Apakah keajaiban itu? Jom kita tengok!


Inilah keajaiban yang saya perkatakan tadi. Cik Aisyah dinobatkan sebagai Art Brilliant. Wohooo.. Nampak tak gambar Cik Aisyah belakang tu?


Tadaa... close up


Sudah dapat anugerah kan? Boleh la keluar dengan bangganya.


Selesai aktiviti, staff memberikan sekeping kad untuk redeem sehelai t-shirt. Bolehlah tebus t-shirt untuk Cik Aisyah di Brilliant Gift Station. Sila nyatakan saiz dan nama anak dengan betul sebab nama anak akan diprint di t-shirt tersebut. Wallah...cute sangat tau.


Di sudut sebelah Brilliant gift, ada promosi susu formula S-26 Gold Progress. Bolehlah beli susu S-26 Gold Progress banyak-banyak untuk stok anak-anak. Rugi kalau tak grab masa ni. Bukan itu saja, ada pelbagai jenis susu lain seperti Promama di mana susu ini khas untuk ibu mengandung.



Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari http://www.wyethnutrition.com.my/brilliance-playschool