Assalamualaikum

Kisah hari ini #1 : Kereta | Sebenarnya agak sibuk bebrapa bulan ni. Nak berblogging pun sempat tak sempat je ni. Tapi, hari ini aku menaip entri sebab ingin meluahkan perasaan apa yang berlaku pada hari ini!

Ini kisah hari ini. 21.09.2018. Kisah tentang pinjaman kereta viva aku. Untuk pengetahuan korang, aku beli kereta viva ni pada Januari 2010 dan tarikh akhir bayaran pinjaman adalah pada Januari 2019. Last payment mestilah tinggal baki nyawa-nyawa ikan je kan..

Tak silap aku, aku ada call Bank Islam 2 bulan lepas untuk pengesahan baki pinjaman. Pegawai yang membuat semakan bagitah aku, baki tinggal hanya RM1677.55 sahaja dan bulan akhir bayaran adalah pada Januari 2019. Betullah tu. Sebab bayaran bulanan kereta viva ni cuma RM367 sebulan. Tapi, dari awal tahun aku dah nekas bayar RM400 sebulan sebab nak habiskan cepat sikit. Ok apa, kalau setahun ada 12 bulan, aku bayar lebih RM30 setiap bulan dah kurangkan sebulan bayaran tuuuu..

Makanya, aku pun mengira secara kasar setiap bulan, pengurangan pinjaman aku tu. 2 bulan berlalu dan bayaran tidak pernah culas atau lambat. Kalau ikut pengiraan kan, RM1677.55 - RM400 - RM400 = RM877.55 kan??

Aku pun mulalah berkira-kira untuk menghabiskan baki pinjaman bulan depan. Congak-congak dalam RM900 je tu, in sha Allah ada rezeki bayar habis nanti.

Semalam petang, penuh semangat aku call Bank Islam center lagi untuk pengesahan baki pinjaman aku tu. Tapi, pegawai bank ni tanya aku soalan pengesahan macam-macam pulak. Soalan yang tak mampu aku jawab sebab soalan tu adalah alamat surat menyurat masa aku beli kereta dulu. Itu alamat rumah sewa pak cik aku la! Pak Cik aku tu pun dah lama pindah. Kisah 9 tahun lepas kot. Manalah nak ingat. Ok, soalan pengesahan lain pula, nombor telefon pula. Tak ingat pulak aku nombor telefon aku dulu nombor lain. Hahaha.. Sekali lagi behuhu tak mampu nak menjawab soalan cepumas tu. Makanya, persoalan aku tu tak dapat dijawab. Sob..sob.. Aku keciwa..

Tapi  hari ni, aku tekad call Bank Islam centre sekali lagi. Pegawai yang jawab takde pula tanya soalan pengesahan mengarut macam semalam. Soalan mudah aje, maka terjawablah soalan aku yang tergantung dari semalam tu.

Tapi, jawapannya membuatkan aku tidak tersenyum. Sebab apa? Sebab pegawai tu cakap, pinjaman outstanding aku RM1789. Eh?? Macamana boleh jadi banyak pula ni? Sebab lagi 4 bulan je nak habis pinjaman tu. Pesal banyak sangat??

Pegawai Bank Islam : Saya semak dan melihat jumlah yang tertera dalam sistem kami sahaja. Kalau puan buat full settlement HARI INI, kami ada rebate, jumlah hanya RM892.82 sahaja."

Aku : Ha?? Hari ni je? Kalau nak buat full settlement bulan depan? Dapat tak RM892.82 tu?

Pegawai Bank Islam : Oh itu puan kena call bulan depan lah untuk dapatkan rebate.


Vavavavavva... aku dah pening. Bukan ke RM892.82 jumlah baki yang tinggal ke? Itu bukan lepas rebate tu. Diorang tipu aku kan? Arghhh...aku tak leh terima kenyataan ni.

Tapi takpe, ada masa nanti aku pergi Bank Islam terus tanya betul-betul. Ish-ish... tiba-tiba rasa down pula hari ni.