Kenapa Bukit Gambang Resort City Pilihan Tepat Percutian Bersama Keluarga?

By Mar Mansor - 1:00 PTG

Assalamualaikum
Kenapa Bukit Gambang Resort City Pilihan Tepat Percutian Bersama Keluarga? | Dengan keluasan hutan kira-kira 727 ekar, Bukit Gambang Resort City (BGRC) merupakan tempat percutian yang hebat untuk seisi keluarga. Yang pasti terdapat banyak tarikan yang membuatkan korang teruja untuk ke sini lagi.

Hotel Penginapan

BGRC menyediakan tempat penginapan yang pelbagai pilihan untuk seisi keluarga. Malah semua suite hotel yang disediakan sangat selesa dan kemas.

Terdapat pilihan penginapan seperti Arabian Bay Resort, Carribean Bay Resort dan yang terbaru, Everia Villas Resort-Fine resort living yang pasti menjanjikan kepuasan.

Selain penginapan yang selesa, tempat makan yang disediakan di bawah hotel juga cukup selesa dan menyajikan makanan yang enak belaka.

Sebelum saya bawa meneroka BGRC dengan lebih luas, di BGRC turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan iaitu tram. Pengunjung boleh pergi ke destinasi pilihan menaiki tram yang ada. Seronok naik tram ni, seolah menaiki bas mini tapi tram moden ni ada penghawa dingin, sejuk jela bila duduk dalam ni.

Bukit Gambang Water Park

Bukit Gambang Water Park (BGWP) dibina dengan keluasan kira-kira 46 ekar, dan telah mendapat anugerah "Best Large Water Park" pada tahun 2011 oleh MAATFA (Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions).

Ia dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kawasan dewasa dan kanak-kanak. Ada juga tempat orang dewasa boleh bermain bersama kanak-kanak dengan pengawasan.

Attraction di BGWP

Tree Top Hill
- Malaysia's Longest 6-Lane Racer

- Family Raft Ride
- Crystal, Galaxy & Canopy Slides

Coco Beach
- Wave Pool & Lagoon

Penguin Island
- Kids Slide
- Kids Slash Pool
- Adult Leisure Pool
- Aqua Play
- Glacier River - Journey of Ice
- Garden Terrace
- Telematch Pool

Fasiliti yang disediakan di BGWP

- Gift Shop
- Muti-entry RFID Locker
- Tube Rental
- Prayer Room
- Washroom/ Shower Room
- First Aid Room
- Wooden Cabana

F&B
- Coco Delight
- Penguin Express
- Coco Station
- Coco Beach Kiosk
- Island Kiosk
- Family Raft Kiosk


Kalau ke sini, saya sarankan korang jangan lepaskan peluang mencuba pizza mereka yang sedap di Pizza Time. Makan panas-panas lagi. Selain rotinya yang lembut, topping pula memang mewah la, sarat sangat. Saiz pun besar. Sangat berpuas hati makan sambil main air.


Bukit Gambang Safari Park 

Bukit Gambang Safari Park (BGSP) merangkumi 138 ekar dan bertujuan menghiburkan sambil belajar. Tidak hairanlah BGSP menjadi pilihan pelajar sekolah rendah dan tempat anak mengenal pelbagai haiwan. Aisyah saja sudah teruja untuk melihat pelbagai haiwan yang ada. Bila melihat betapa Cik Aisyah teruja, dapat bayangkan juga kalau kanak-kanak lain seusianya dapat masuk ke sini.
Apa yang menarik di BGSP ni? Ia ianya sangat-sangat-sangat menarik dan berbaloi bila masuk ke sini.
Safari Park Terbesar

Terdapat 2 district zones - Walking & Wild Savannah tram zones yang beroperasi siang dan malam. Dengan menaiki tram, pengunjung akan dibawa sekitar safari dan dapat melihat haiwan di hadapan mata. Lebih mengujakan dapat melihat haiwan yang garang dan ganas seperti harimau dan singa. Selesai menaiki tram, sesi berjalan pula. 
Menaiki tram dan melihat haiwan secara live.

Boleh juga menaiki ATV jika berminat dan sangat recommended.

Haiwan Unik & Terpilih

Ketika berjalan, kita dibawa menyaksikan pelbagai jenis binatang yang unik dan sesetengahnya memang jarang dapat dilihat. Contohnya White Lion, LAfrican Fish Eagle. Llama, Sun Bear, Malayan Tiger dan Serval Cat.

Persembahan

Sepanjang perjalanan melihat haiwan di BGSP, pengunjung diberi kesempatan pula menonton persembahan haiwan-haiwan yang dilatih. 3 persembahan dihidangkan, dapatlah merehatkan kaki sebentar sambil berseronok.

- Predator Arena
- Village Arena
- Forest Arena.

Predator Arena

Ada lagi tau persembahan lain yang cukup unik dan menyeronokkan. Memang wajib tonton sebab ianya sangat berbaloi-baloi,

- Wonderful Bird Show

- Multi-animal Show

- Tarsan Adventure Show

- African Yabara Fire Show

Active Academy

BGRC turut menyediakan tempat untuk para pengunjung menjalankan aktiviti luar (outdoor activity) di Active Academy. Active Academy merupakan pusat rekreasi outdoor dan teambuiding korporat di BGRC. Di sini terdapat 18 jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan seperti ATV Fun Ride, Flying Fox, Paintball Target Shooting, Paintball Warzone, Archering, Tressure Hunt, Skytrail, Riding Horse for kids dan banyak lagi. Ia mampu memuatkan sehingga 500 orang dalam satu-satu masa.
Paintball Target Shooting

Seorang pemain diberi 20 biji peluru dan targetkan ke bawah di mana target ada digantung di bahagian bawah.

ATV Fun Ride

Boleh mencuba 3 kali pusingan dan seorang pemandu ATV boleh juga membawa seorang sahaja penumpang.

Archering

Sesi memanah yang menyeronokkan tapi agak lenguh tangan sebab tak biasa memanah. Sekali sesi 3 pemain boleh main dan target memanah adalah bulatan markah di hadapan. Setiap seorang diberi 10 anak panah.

Flying Fox

Peserta dibawa merasakan kehebatan terbang di udara gengan flying zip line sepanjang 135 meter. Aktiviti yang takkan dilepaskan sebab mencabar dan pasti seronok bila selamat mendarat.

Riding Horse for kids

Terdapat banyak jenis kuda di sini. Kuda yang anak-anak tunggang ni sabgat manja dan pandai pula posing.

Teruja dengan semua aktiviti di BGRC? Apa tunggu lagi, rasakan keseronokan berganda bersama BGRC. Yang pasti menggembirakan anak-anak.

Untuk info lanjut, pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi
09 548 8000/ 8111/ 8112/ 8118
atau
Fax 09 548 6666
atau melalui email enquiry@bgrc.com.my

Website : www.bgrc.com.my



  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. best sangat pegi bukit gambang ni.. banyak aktiviti boleh dilakukan kat sana kan mar.. 1 family semua enjoy the trip..

    BalasPadam
  2. puaskan dapat buat semua aktiviti kat sana...nanti boleh la pergi lagi

    BalasPadam
  3. Puashati dan enjoy! Boleh repeat ke sana lagi nnti bersama JDT BLogger semua...

    BalasPadam
  4. Wahhh... best kan.. dulu pun fie pernah pergi.. bila baca entry nie macam nak pergi lagi je rase... hihi... Belom pernah try lagi outdoor activity tu.. Bawa family mesti lagi seronok penuh dengan aktiviti...

    Btw hai dear..
    Follow me back..
    https://fiedan.blogspot.com/
    Thanks ^_^

    BalasPadam
  5. best !! suka tempat2 cemni tapi nak plan nak ajak kawan2 semua tu kena tabah sikitlah hehe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.