Tidak susah untuk ke BGRC ni. Oleh kerana kami bergerak dari Johor Bahru, maka kami telah membuat persediaan awal dengan menggunakan khidmat google maps dan waze. Tujuannya supaya kami tahu jalan mana yang perlu kami lalui nanti.
Kami bertolak lebih kurang 6.15 pagi dari Masai, Johor dan terus bergerak ke Gambang melalui jalan Mersing. Kami melalui jalan Mersing- Endau- Muadzam Shah- Gambang.
Kami ditempatkan di 2-Bedroom Suite, bersesuaian dengan kami yang datang 4 pax. Suite kami memuatkan 2 buah bilik tidur dan di terdapat bilik mandi di setiap bilik. Suite kami hanya di tingkat 1, rendah je. Dekat pula dengan tempat makan di situ.
Bahagian ruang tamu agak luas dan selesa. Sesuai untuk bersantai seisi keluarga.
Begitu juga ruang dapur kering. Turut menyediakan meja makan bagi keselesaan pengunjung. Lengkap dengan peti sejuk mini, heater dan sinki. Tak lupa kopi, teh, gula dan air mineral turut disediakan.
Setiap bilik pula memuatkan almari dan meja solek. Malah terdapat televisyen di setiap bilik.
Setiap bilik mandi diletakkan heater untuk mandian air panas atau sejuk. Biasalah kan kalau pagi-pagi ni mandi memang sejuk lebih-lebih lagi di kawasan Bukit Gambang yang di kelilingi pokok-pokok.
Lengkap dengan tuala dan sabun mandi.
Untuk menggunakan keperluan lain seperti seterika, di sini menyediakan Iron Room untuk mengunjung di tingkat 3 dan 6. Bilik yang saya guna di tingkat 3 mengandungi 6 biji seterika berserta iron board.
Bila menginap di Arabian Bay Resort, tempat makan terdekat untuk sarapan, makan tengahari dan malam adalah di Arabian Coffee House yang terletak bersebelahan kaunter.
Menu kambing ni sedap sangat sebab saya makan bertambah-tambah.
Entri seterusnya saya akan bawa korang mengeksplore penginapan lain di BGRC pula.
Untuk info lanjut, pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi
09 548 8000/ 8111/ 8112/ 8118
atau
Fax 09 548 6666
atau melalui email enquiry@bgrc.com.my
9 Ulasan
pengalaman yang tidak ternilai
BalasPadamsangat berbaloi-baloi menginap kat sini..semua kelengkapan ada..insya'Allah nak plan untuk teambuilding rakan2 consultant..
BalasPadambesarnya bilik dia. berbaloi.boleh try nanti
BalasPadamWaaaa biliknya besar dan selesakan..
BalasPadamInsyaAllah ada rezeki boleh ke sini lagi ..
Bestkan..rasa nak pegi lagi lah kat sini..
BalasPadambilik diaaaa sangatttt selesaaa untuk family kan...ruang balkoni dia boleh kita santai-santai lepas penat dari bermain waterpark dan safari park ..
BalasPadamBest...Best...Tak sabar nk tggu next entry... =)
BalasPadamselesa sangatkan stay kat sini..boleh bawak lebih dari 1 keluarga kat dalam tu
BalasPadambestnyaa bercuti dengan fam.. tempat lawa and nampak xclusive =)
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.