Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cik Aisyah Humaira Di Kedai Makan

Cuti CNY tempoh hari, tanpa ayah di sisi, bertemankan ibu sahaja selama 4 hari. Pulang ke kampung halaman Ibu di Felda Maokil. Keesokannya bertolak pula ke Mersing, rumah moyang Saripah.

Cuti yang tidak menjanjikan sebarang kebahagian kerana tanpa insan tersayang di sisi. Alahai..mujur ada Aisyah, buah hati ibu, melayannya dari pagi ke petang hingga ke malam setiap hari. Tidak jemu!

Masa banyak terbuang di rumah saja. Hujan tidak henti-henti, kdang lebat,kadang renyai, berhenti sekejap kemudian sambung hujan kembali. Aisyah kelihatan bosan. Seakan mencari-cari kelibat ayah.

Malam isnin (11.02.2013), kami sekeluarga makan di kedai makan bersama-sama. Bosan hanya terperuk di dalam rumah, mencari kelainan dengan menjamu selera di sebuah restoran makanan laut di tepi pantai. Sedang asyik berbual sambil menunggu pesanan, sesusuk tubuh agak gempal menggapit perhatian ibu. Kawan ibu la Aisyah!

Tuan empunya restoran adalah kawan ibu semasa ibu bekerja di Perodua servis cawangan Skudai.


Posing bersama Aisyah


Bersama Nenek Mas..ligat betul


Menunggu pesanan..


Betapa payahnya ibu mahu menyuap nasi sambil mengawasi keligatan Aisyah yang tidak duduk diam di kerusi bayi ni..Haih..macam nak terjun gayanya..




Nota Kaki : Ayah takde..kerja..huhuhu


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code