Berakhirnya Sebuah Ceritera Purba – Laksamana Sunan

By Mar Mansor - 12:04 PTG


Sentuhan dari Ramlee Awang Murshid. Dari sebuah ke sebuah novel kubaca dan kuhayati. Dan akhirnya novel bersiri ini sampai ke titik noktah. Laksamana Sunan kini hanya tinggal dalam kenangan. Terdiam lah novel itu kaku di rak buku menjadi sebahagian koleksi si peminat yang menggilai epik triller termasuklah aku. Aku seorang yang UNIK!!(apabila kebebasan perasan bermaharajalela).

Mari kita hayati sinopsis karya-karya beliau yang menjadi kegilaan kami (peminat novel triller ho!).

Dimulakan dengan Bagaikan Puteri


"Awan... kalau dapat kucapai maka saktilah hamba."

Haryani dan Laksamana Sunan saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani... Pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Apakah Laksamana Sunan setanding dengan Hang Tuah?”soal Jalis. Entah mengapa dia tertarik mendengar perihal laksamana agung Tanah Acheh itu.
Mungkin. Kata orang.. ilmu persilatan Laksamana Sunan amat tinggi, setanding dengan ilmu agamanya.” Megat menceritakan kehebatan laksamana agung itu.

Kemudian, Cinta Sang Ratu


"Tatkala cinta berbisik suaranya memuji TUHAN. Pabila rindu terusik, Rasulnya jadi pilihan."
Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana Mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN Pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian.
Akhir Kurun ke 15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau Dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

"Sebagai manusia, aku sayang kepadamu."
Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.
"Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai Dan menyayangi awak."
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

Cinta Sang Ratu... Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-Mata kerana cinta.
Ratu Sulaman adalah kebanggaan Maharani.
Namun dalam diam, Maharani ditujah satu kekhuatiran yang kerap menggangu. Dia khuatir anak asuhannya itu akan jatuh cinta.

Seterusnya, Hijab sang Pencipta


Dendam itu Bara.. Marah itu Api..”

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani Dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

Tapi...macamana? Ah...mustahil,”Keluh Haryani.
Tiada yang mustahil bila Allah menghendaki sesuatu'” Balas Dani.
Sememangnya begitu kerana itu adalah tauhid. Tapi huraian logik akal, Dani”
* * *
Hijab waktu itu telah terungkai... telah terbuka.” Dani mencelah.

Diikuti, Cinta Sufi


Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit”

Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap Dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina Dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz Dan tersembunyi.

Disusuli, Sutera Bidadari


SAIFUDIN - muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian kematian permaisurinya... Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

Diakhiri, Sunan Musafir


Allah menciptakan cinta... dan cinta itu fitrah manusia”

Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah Dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.

Dua novel terakhir tidak dapat kuhayati lagi sebenarnya. Kesinambungan 6 novel ini dimiliki oleh kakakku. Aku, pinjam je dan baca penuh kusyuk. perasaan seperti berada di alam itu. Best giler wooo..

Nota kaki : kepada kakakku (kak umie)..cam biasa la..adindamu ini mahu meminjam novel-novel nih..huhu..

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
    1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
    2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
    3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
    4. Cinta Sufi, RM 19.90
    5. Sutera Bidadari, RM 22.00
    6. Sunan Musafir, RM 22.00
    7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
    8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00

    Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
    Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  2. baru baca 2 buku bagaikan puteri dan cinta sang ratu..mmg best cerita ni..baru dpt lg 2 buku hijab sang pencipta dan cinta sufi..tk smpat lg nk baca disebabkn aktivit harian..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.