Assalamualaikum
Bayar Cukai Tanah Sebelum 31 Mei Setiap Tahun | Cukai tanah tak dapat surat macam cukai pintu. Takde reminder. Bayaran untuk setahun tak lah sebanyak jumlah cukai pintu. Cukai pintu dikutip 6 bulan sekali weh. Hakikat duduk di Malaysia, nak beli rumah susah. Bila ada rumah, macam-macam cukai nak kena bayar. Belum masuk bayaran bulanan rumah pada bank yang kita buat pinjaman. Insurans rumah lagi. Awal tahun memang banyak keluar duit.
Berbalik pada tajuk entri, cukai tanah perlu dibayar sebelum 31 Mei setiap tahun. Bukan bayar awal tahun. Tapi kami lupa. Bayar jelah terus.
Bila nak bayar, baru sibuk cari resit bayaran lama. Mak aih, kali terakhir bayar pada tahun 2014. Ha, sekarang dah 2018!
Untuk perumahan kami, untuk 2 tahun pertama (2010 - 2012), cukai pemaju di bawah tanggungan pihak pemaju sebab masih dalam tempoh progress. Ye, kami beli rumah yang belum ada nampak rumah, hanya tanah sahaja yang kami nampak. Berani kan? Ye, berani ambil risiko memandangkan pemaju adalah pemaju yang dipercayai sekian lama.
Selepas 2012 (progress selama 2 tahun), bermula 2013, cukai tanah di bawah tanggungan pemilik rumah.
Pejabat Tanah Johor
Jln Datin Halimah, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
3 Ulasan
betul tu mar..bila ada rumah sendiri ni mcm2 kena bayar
BalasPadamlagi2 kalau duk rumah yg jenis tinggi ni ha maintenancelah,indah waterlah, cukai itu cukai ini, kebakaranlah..eh mcm2lah..poning jugak tu..tu blum bayar finance lagi aduiii..
Betul tu, bila ada rumah sendiri, macam-macam pula nak kena bayar.
BalasPadamTapi masih berbaloi kerana ianya rumah sendiri dan boleh buat apa yang kita suka selagi tak langgar undang-undang dan jiran.
Pos ini untuk peringatan saya juga.
Zumal masih ada tunggakan cukai tanah... Moga dapat selesaikan tahun ni...
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.