Assalamualaikum

Cadar Patchwork Hello Kitty | Dulu kecik-kecik tak merasa nak ada cadar macam ni. Bila dah ada duit sendiri barulah merasa nak ada cadar cute macam ni.

Kompius kejap, ni pilihan ibu ke anak dara? Haha..
Bila si anak dara sudah mula tidur berasingan bilik, maka sebagai ibu mithali perlu memberi semangat agar si anak dalam tidur dengan tenang dan gembira.

Corak ini adalah pilihan hati Cik Aisyah. Penuh warna merah jambu.


Dapat free gift sebentuk keronsang berbentuk hati.


Balik kerja terus masuk mesin basuh. Haruslah basuh dahulu sebelum pasang.

Keesokannya baru pasang sebab tunggu kering kan. 


Memang puas hati dengan cadar ni. Harga belian RM68, dan dikira sangat berbaloi sebab saiz cadar patchwork ini adalah saiz queen.


Teruja sungguh bila sudah dipasang. Katil nampak lebih kemas dan menawan. Warna juga tidak luntur selepas dibasuh.

Saya beli di mana?

Tentulah di Shopee.