Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Bersalin Anak Ke-3

Assalamualaikum

Pengalaman Bersalin Anak Ke-3 | 22.03.2019 - Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.7kg jam 1.52 pagi. Mula-mula ingatkan dia lahir 21.03.2019, tapi tetap juga dia nak keluar 22.03.2019. Hehehe..

Dari anak pertama, kedua dan ketiga, ketiga-tiganya bersalin di HSA. Cuma pengalaman setiap satu tu berbeza.

Anak ke-3 ni segala-galanya ternanti-nanti. Mana tidaknya, kalau kakak dan abang dia dah keluar 37 - 38 minggu. Adik baby masuk 39 minggu baru dia keluar. Kebetulan pula kecoh dengan kes pembuangan sisa toksid di sungai kim kim pasir gudang. En.suami terlibat dengan pemantauan kerja- kerja pembersihan. Selesai je kerja-kerja tu, barulah adik baby nak keluar.

21.03.2019 - Saya ke tempat kerja seperti biasa. Masih driving sendiri. Alhamdulillah. Sampai tempat kerja, saya bersarapan dahulu seperti biasa. Sedap benau makan mee goreng pagi tu. Lebih kurang jam 8.20 pagi, 2 suapan terakhir, terasa sesuatu keluar di bawah. Emm..lain macam. Saya bergegas turun ke tandas tapi baru sampai tangga terasa lagi air turun. Habis basah seluar. 

Patah balik naik ke office. Terus beritahu assistant saya yang saya nak balik, nak ke hospital. Sempat juga saya mengajar dan pesan apa yang patut bagi menyambung kerja yang sedia ada. Kalau ada apa-apa nanti whataps je, cuma lambat atau cepat membalasnya.

8.30 pagi sepatutnya waktu kerja bermula, tapi saya melangkah pulang. Drive balik, hanya 15 minit perjalanan balik rumah. En.suami sudah bersiap sewaktu saya sampai rumah. Takde rasa sakit, cuma air mencurah-curah hingga basah seat driver.

Kelam kabut masuk rumah, pakai pad, tukar kain. Beg persiapan ke hospital dah sedia ada dalam kereta en.suami. Makin saya berjalan, makin lajulah air keluar.

Sampai di HSA, berpusing juga cari parking. Lebih kurang 9.30 pagi kami sudah di hadapan bilik saringan. Seperti biasa menjalani procedure di hospital dan doktor terpaksa membuka jalan. Tapi saya tetap takde rasa sakit dan akhirnya saya ditahan wad. Setiap 2 jam antibiotik akan dimasukkan ke dalam badan saya.


Jam sudah 12 tengahari sewaktu saya dimasukkan ke wad. Katil memang penuh. Oleh kerana air ketuban dah bocor, takdelah saya berjalan sangat sebab asal berdiri je memang mencurah. Lepas asar, baru terasa mild constraction. Mulut dan hati tak henti-henti berzikir. Usai solat, berdoa agar dipermudahkan.

Lepas maghrib pun masih tak terasa konstraksi kuat. En.suami yang menanti di bawah entah berapa kali call bertanya keadaan saya. Jam 9 malam, lebih kurang selepas Isyak, saya sempat mandi dahulu sebelum saya dipanggil ke bilik pemeriksaan. Bukaan masih 2cm. Tengoklah tu baby sedap dalam perut. Doktor decide untuk saya ke LR selepas mengambil beberapa barang dan memberitahu en.suami.

Di dalam LR, jalan masih lagi 2cm, dan terpaksalah beri ubat induce. Konstraksi memang kuat sesangat sampai saya rasa tak tahan. Rasa nak bersalin sangat tapi jalan tak juga terbuka. Kali ini, en.suami ada di sebelah saya sentiasa.

22.03.2019 - Selepas 4 jam di dalam LR, akhirnya saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki jam 1.52 pagi.

Bayangkan dengan letih melayan konstraksi, mengantuk pula tu, saya rasa seolah bermimpi. Entah berapa kali rasanya saya hampir terlelap saat push. Huhu.. Mak bidan siap buat muka garang sebab saya salah push. Alahai.. tengah mamai tu. Sampai baby keluar pun saya rasa macam bermimpi.

Pengalaman yang agak menyeramkan kali ni. Mana taknya, kakak dan abang tak lama dalam LR. Jalan buka pun tak lama. Kalau diingat semula, tak nak dah beranak lagi. Huhu..
Saya dihantar naik ke wad lebih kurang jam 3 pagi. En.suami pulang setelah selesai menghantar barang ke katil. Macam biasalah, saya di wad kelas 3 yang macam dorm tu. Baby pula di wad berasingan sebab saya ada GDM sewaktu bersalin. Baby perlu menjalani pemeriksaan.


Jam 12 tengahari baby dihantar ke katil saya.  Antibiotik entah dah berapa kali masuk di tangan saya ni. Ingatkan boleh discharge hari tu tapi kena stay semalam lagi. Aduhai.. maka bertabahlah..


23.03.2019 - PH. Saya dah boleh discharge. Alhamdulillah. Jam 3 petang jugalah baru dapat keluar sebab bil siap agak lambat. Keadaan di wad kelas 3 memang agak crowded lebih lagi bila masa melawat. Dah macam pasar malam.


Dah siap untuk balik rumah. Menunggu bil bayaran dan en.suami datang jemput.
Ketiga-tiga anak saya memang bersalin di HSA. Anak pertama pada tahun 2012 dan anak ke-2 tahun 2015.

https://jnjikita.blogspot.com/2012/07/saat-yang-mendebarkan-aku-pasrah.html?m=1

https://jnjikita.blogspot.com/2015/09/pengalaman-bersalin-anak-ke-2.html?m=1

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. tahniah mar.. lambat juga start sakit walaupun awal dah leaking ye mar.. dilah tak pernah lagi keluar air ketuban dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah takde rasa sakit. dah kena masuk LR, masuk ubat drip barulah sakit yakmat. nurse kata 2x ganda dari sakit bersalin biasa.

      Padam
  2. Alhamdulillah tahniah kak mar. Saya tengah pregnant anak pertama. Moga dipermudahkan bersalin nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih syafiqa. moga awak dipermudahkan bersalin nanti.jaga diri & kandungan ye.

      Padam
  3. alhamdulillah tahniah...comelnya si kecik

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, seronoknya baca pengalaman org lain bersalin.... sbb kita takde peluang lg nk peknen...

    ingatkan masa pagi tu dh kuar air ketuban mudah bersalinnya, sampai ke tengah mlm baru dia nk kuar ya... seronok dia ddk dlm tuh...
    mmg mencabar betul... selamat berpantang,jaga diri n baby jgk ye

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..semua dah selamat..banyaknya air ketuban Mar..akak anak dah 5..tp x de pengalaman air ketuban pecah camtu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st time pengalaman macam ni. tu kena tahan wad kak. ikut ajelah apa doktor suggest.

      Padam
  6. Alhamdulilah...
    Bestnya blogger, dapat menulis pengalaman bersalin di blog buat kenangan..
    Sis ko nak cite anak yang lain dah tak berapa ingat, ingat yang dalam kereta tu je ler hahahaha

    BalasPadam
  7. Tahniah..Selamat berpantang, jaga diri n baby, semoga dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...Mar, semuanya dipermudahkan...dah nak habis pantang dah ek...hehehe

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Tahniah.. singgah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, tahniah kak. Moga baby membesar jadi anak soleh, penyejuk mata ayah ibu. :)

    BalasPadam
  11. alhamdulillah. tahniah =) selamat berpantang. semoga baby besar sihat jadi anak soleh =)

    BalasPadam
  12. Whoaaa... Pengalaman ituu...fuhh... Tahniahhhh!!!! Semoga baby sihat selalu yaa

    BalasPadam
  13. Tahniah akak. ALhamdulillah syukur semua selamat dan dipermudahkan. Amin.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah..Tahniah Mar....

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code