Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan Syawal 1440H

Assalamualaikum

Kenangan Syawal 1440H | Lamanya nak ambil masa update memori raya kali ni. Memang nak update tapi tak kesampaian atas faktor-faktor tertentu. Mood berblog yang mula pudar sejak dua menjak ni.

1 Syawal 1440H - Syawal kali ni kami beraya di rumah sendiri je. Sebab giliran kali ni giliran suami saya. Ala dekat sangat, 15 minit dah sampai. Lagipula kami ada anak kecil. Masa raya tempohari dia baru je 2 bulan setengah. Saya pun baru kembali berkerja 2 minggu selepas cuti bersalin 60 hari. Badan pun tak kuat mana lagi.


Welfie bertiga sementara tunggu en.suami masukkan barang ke dalam kereta. Kami ke rumah keluarga belah suami selepas solat hari raya. Masa sampai tu ramai dah sanak saudara dah sampai.

Kisahnya, hari raya puasa tempohari kan terkena cuti sekolah, jadinya Cik Aisyah balik kampung. Biasalah tu dia, bila cuti sekolah nak balik kampung aje nak bermanja dengan atok nenek. Makanya, kami menanti kedatangan keluarga saya dari kampung datang beraya ke JB. Terbalik kan. Haha..

Akhirnya, gambar berlima.

Ni kenangan 1 Syawal 1440H bersama emak dan kakak saya.

Selepas zohor, kami ke Taman Universiti, Skudai beraya ke rumah mak cik saya yang baru kehilangan suaminya sehari sebelum raya.

Gambar anak-anak je wakil sebab ibu ayah kat dalam uruskan baby.

Sebelah malam pula, selepas maghrib lkami beraya ke rumah pak ngah sebelah suami. Pak Ngah dah tak sihat dah. Kemudian,  singgah rumah saudara mara lain, semua sebelah suami. Dalam jam 11 malam kami sudah berada di rumah emak abah di majidi. Lepas tu, gerak balik ke sarang sendiri.

3 Syawal 1440H - Gerak ke kampung halaman, Felda Maokil. Rindu bau kampung sendiri. Uii payah nak recall segala kejadian sebab banyak sangat makan kuih raya ni.

4 Syawal 1440H - Saudara mara datang beraya. Saya pun ambil kesempatan sarung baju raya yang dulunya sendat. Lepas berpantang memang kuruslah. 43 kg je. Hilang semua pipi. Tapi tu sekejap je. Kalau dah sebulan melantak makan kuih raya, kembang lah balik.

Yeayy..kurus..



5 Syawal 1440H - Balik JB dah. Tapi on the way balik tu banyak rumah kami singgah beraya. Penyudahnya malam baru sampai rumah tau.


Rumah saudara di Kluang.

Rumah Mak Lang di Sg.Sayong.

Rumah saudara di Ayer Hitam.

Memang seronok bila beraya beramai-ramai ni. Lagi meredah jammed, kereta berderet-deret. Haha..

Inilah sedikit kisah hari raya kami. Selepas-selepas tu saya kembali bermata panda, baby jenis celik mata bila jam 3 atau 4 pagi. Dia ajak main sampai le subuh saya nak pergi kerja tu. Ngantuk tak ngantuk la nak..



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Bila beraya dgn baby kecik ni kita kena ikut rentak dia jugak kan mar.. tp apa2 pun beraya di kampung tetap paling best kan..

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Mar...biorpun raya dah habis hehehe..
    Dah biasa beraya di kampung mesti lain raya di bandar kan, hehehe terbalik gan Sis, suami lebih suka beraya di rumah Mak berbanding balik kampungnya hehehe

    BalasPadam
  3. Ohhh Ada baby baru ye Mar..
    Tahniah ye..
    Bertambah Meriah Raya Tahun ni dgn kehadiran org baru Tu 😍😘

    BalasPadam
  4. nak wish raya dah habis pulak...hahahaha...tahun ni beraya tambah lagi sorang kan mar..Akak tahun ni tak berapa nak beraya la pulak

    BalasPadam
  5. best kan beraya berama-ramai ni...meriahhhh walopun jarang2 jumpa

    BalasPadam
  6. bole wish lagi kan hehhe selamat hari raya sis, semoga sis sekeluarga berbahagia selalu.... amin
    raya sy tahun ni x banyak gambar bersama keluarga :(

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code