- 1 mangkuk cili kering (kisar)
- 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin kecil tomato puree
- 3 sudu sos tiram
- Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (dikisar halus)
- Bunga lawang & kayu manis (untuk menumis)
- 2 labu bawang merah besar (besar)
- Serai (ketuk)
- Kiub pati lembu atau ayam atau ikan bilis
- garam gula secukup rasa
Cara-cara;
1- Bersihkan tulang gear box dan rusuk. Saya salut dengan tepung gandum dahulu sebelum cuci dengan air bersih. Tujuannya untuk mengurangkan bau hanyir.
2- Rebus tulang gear box dan rusuk tadi bersama hirisan halia dan serai sampai dagingnya empuk dan lembut.
3- Untuk memudahkan kerja, masuk je Noxxa. Saya set HP 30 minit untuk merebus tulang tadi.
4. Sambil menunggu Noxxa, macam- macam kerja lain boleh dibuat. Boleh la sediakan bahan lain.
5- Kisar bahan kering. Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang.
6- Selepas 30 minit, dah release wap, boleh la bukak penutup. Wow sangat kejadiannya.
Biarkan sejuk dulu. Airnya jangan dibuang. Penambah rasa tu.
7- Seterusnya. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar iaitu bawang merah, putih, halia, serbuk jintan (bahan kisar halus tadi). Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.
8- Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati dan masukkan cili kisar. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masak sampai betul- betul pecah minyak. Masa ni aroma dia memang menggiurkan.
9- Boleh juga tambah kentang dan lobak merah. Macam saya, saya tak tambah.
10- Seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta tulang gear box dan rusuk tadi. Masak sehingga mendidih.
11- Akhir sekali masukkan tepung jagung bagi memekatkan kuah. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
12- Saya set Noxxa dengan HP 15 minit lagi.
13- Setelah bunyi ting, release wap.. tadaa...
Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera!
8 Ulasan
tak pernah masak gear box. tak reti. kalau nak, memang beli je la yg dh siap. hehehe. nampak sedap sup merah. kali pertama tahu.
BalasPadamboleh cuba resepi ni kalau nak cuba. ni pun pertama kali saya masak. mudah je rupanya.
Padamwahhhh mantap kejadiannya... akak tak pernah masak sendiri pernahla makan sekali dulu tapi mungkin tak jumpa tempat yang sedap lagi kot...
BalasPadamcuba akak masak mesti sedap
PadamWaaa nampak sedap laaa, guna Noxxa memamg sonang semua..nanti nak try...
BalasPadamcuba sis jangan tak cuba
Padamperhhhh mantap hasil kejadiannya tu sis. terlior nengoknye hehehe
BalasPadammemang sedap la cicah roti
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.