Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

TAJ Taman Rinting - Pilihan Tadika Alif

Assalamualaikum

TAJ Taman Rinting - Pilihan Tadika Alif | Dah hujung tahun saya baru bercerita tentang persekolahan Alif ni. Maklumlah, baru sempat sekolah 3 bulan, dah PKP. Sekolah sekejap-sekejap, banyak sesi pembelajaran di rumah. Itu pun mak pak yang berkerja ni hanya mampu pantau pelajaran anak di waktu malam sahaja.

Bukan mudah nak masuk ke TAJ ni. Siapa tak mahu masukkan anak bersekolah di sini sebab ianya tadika di bawah kerajaan Johor. Bayaran juga murah berbanding tadika swasta yang lain. Dari segi silibus pula, sangatlah berpuas hati. Kalau nak tahu, hari pertama pembukaan pendaftaran je pelajar dah penuh tau sebab tadika ini hanya mengambil 23 pelajar. Siapa cepat dia dapat. Borang pun perlu dihantar pada hari yang sama.


Sebelum anak memulakan sesi persekolah, seperti biasa diadakan taklimat ibu bapa. Alhamdulillah saya dapat hadir bersama suami dan adik beradik Alif yang lain. Bergaya tak Alif?

Beg sekolah dan bekas pensel pemberian pihak tadika.


Ini pula hari pertama Alif ke sekolah. Waktu ni belum dapat baju uniform lagi. 2 bulan jugalah pakai baju putih berseluar sukan ni sebelum dapat uniform rasmi TAJ.

Hari pertama muka dah monyok. Mujur ada cucu pengasuh bersekolah di sini, jadi mudah bagi saya mengendalikan perangai Alif ni. Pergi balik sekolah pon dihantar dan dijemput oleh anak pengasuh.



Ini pula sedikit perkongsian aktiviti di dalam kelas. Sebenarnya banyak sangat gambar yang cikgu kongsikan.



 Ini gambar kembali persekolahan selepas PKP. Sempatlah sekolah beberapa minggu. Masa ni pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 1 kumpulan hanya 11 atau 12 pelajar sahaja. 


Baju bertemakan "Cita-cita saya" Saya belikan baju pilot untuk Alif. Yelah bukan senang nak cari baju macam ni. Ikutkan hati saya nak pakaikan dia topi keselamatan dan bekalkan spanar. Tapi susah pula cari last minute ni.

6 Disember 2020 - Tamatlah sudah sesi persekolahan tadika 5 tahun. Seminggu sebelum tu ada sesi penilaian, buat di rumah sahaja dan hantar ke tadika setelah siap.

Inilah dia sedikit kenangan dari Cikgu TAJ Taman Rinting buat ibu bapa dan anak.






Catat Ulasan

4 Ulasan

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code