Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Azri Zakwan Warded

Assalamualaikum

Azri Zakwan Warded | Sebenarnya agak susah untuk saya jawab bila ramai yang bertanya, kenapa Azri masuk hospital? Punca utama saya bawa dia ke klinik sebab dia demam terlalu lama tak kebah-kebah. 

30.03.2022 - Hari pertama dia demam. Malam tu dia menggigil, tapi masih bercakap. Kaki sejuk tapi badan panas. Terus saya bagi makan ubat demam. Pantau suhu badan dia dan lap. Keesokannya saya cuti. Awalnya saya tak planning untuk ke klinik sebab biasanya dia cepat sihat lepas makan ubat. Saya cuma beli ubat demam yang sama di farmasi. Dalam perjalanan pulang, masih sempat berbual dengan Azri sebelum tiba-tiba dia terkena sawan. Badannya kejang, kaku, takde respond.


Gambar ni diambil selang lebih kurang 5 minit sebelum kejadian.

Terus bawa Azri ke KK dan dapatkan rawatan. Doktor cuma bekalkan ubat demam dan minta pantau anak. Jika berlaku kejadian seperti itu lagi segera ke kecemasan.


2.4.2022 - Ke KK lagi sebab masih demam. Demam dia on off. Lepas makan ubat, lambat turun suhu badannya tapi kemudian akan sejuk sekejap badannya. Oleh sebab demam sudah lebih 3 hari, doktor minta ambil darah. Ujian darah baik-baik saja. Takde petanda demam denggi. Apa yang membimbangkan dia cirit birit selepas hari ke-2 demam. Ciritnya berlarutan sehingga lebih 10x sehari.

6.4.2022 - Kami bawa Azri ke KK lagi kerana dia muntah-muntah pagi sebelum saya pergi kerja. Maka ke klinik la kami dengan berbaju kerja. Masa tu saya perasan, dada Azri mula berombak. Tapi, doktor kata ok lagi. emm..

Soalan yang saya tunggu-tunggu dari doktor, "Puan confident jaga anak kat rumah atau nak tahan wad?" Terus kami decide untuk masuk wad sebab saya sendiri buntu untuk menjaga dia di rumah. Sekurang-kurangnya di hospital sentiasa ada pantauan.

Setelah bersetuju untuk masuk wad, duduklah kami di ruang kecemasan menunggu ambulans. Pengalaman pertama saya naik ambulans, laju amat kecut perut. Setiba kami di hospital terus ke ruang kecemasan. Lama juga kami di sini dari jam 11 lebih pagi.




Lebih kurang jam 3 petang, kami di hantar ke sini pula. Transit sebelum masuk ke wad biasa. Tengoklah saya dengan berbaju kerjanya. Bila tengok semula gambar-gambar Azri ni baru saya perasan baju yang dia pakai sama dengan baju hari pertama dia demam. Maklumlah anak tak sihat lama sangat, kain baju tak berlipat penuh dalam bakul. Capai mana dapat je.


Setelah 2 hari 1 malam check-in di hospital, Azri kembali sihat. Masuk hospital demam dia hilang. Cirit pun hilang. Sejak dia masuk memang kena on oksigen dan drip air.

7.4.2022 - Pagi, dia dah mula ligat. Tapi kadar oksigen masih tahap tak memuaskan hati. Doktor mahu lebih lagi bagi menjamin dia terus sihat. Masa ni memang dah makin aktif walaupun masih pakai wayar.


Selepas pemeriksaan tengahari, doktor dah boleh bagi balik. Alhamdulillah. Bila dengar doktor cakap dah boleh balik, bye-bye, sukalah dia. Terus tak sabar nak balik. Tapi tulah, tunggu bil dan ubat dulu. 


4.30 pm saya selesai bayar bil. Hanya RM3 sahaja. Jam 5 petang, en.suami dan anak-anak lain dah sampai, menunggu di kawasan parkir. Kisahnya, menunggu ubat yang tak sampai-sampai dan akhirnya jam 6.40 petang baru betul-betul keluar dari hospital.

Sempatlah beli makanan berbuka di bazar ramadan.





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Bila dada berombak tu sebenarnya dah agak bahaya. Mujur tiada apa yg membimbangkan berlaku. Semoga Azri terus sihat ya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah takde apa yang serius.. moga terus sihat anakanda Azri..

    BalasPadam
  3. semoga cpt sembuh dan sihat seperti sediakala

    BalasPadam
  4. Allahuakbar.... Alhamdulillahhh dah sihat.. terus sihat ye Azri..... Mujur akak setuju untuk wardedkan anak akak... Senang kalau ada apa apa, doktor ready je kat sana... Kan...

    BalasPadam
  5. Harap Azri kembali sihat seperti sediakala..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code