Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan 1 Syawal 1443H

Assalamualaikum

Kenangan 1 Syawal 1443H | Semua terkejut kan tiba-tiba raya. Raya terkejut kita tahun ni setelah 2 tahun tak dapat beraya di kampung halaman. Syawal kali ni tak sangka pula kami 4 beradik tersaing beraya. Maklum la 2 tahun tak beraya, sekali beraya berkumpul semua. Jangan tahun depan rumah mak abah takde orang dah la weh.

Kami bertolak dari JB petang lepas Asar. Hari sabtu en.suami masih bekerja. Makanya hari ahad tulah baru sibuk nak cari apa-apa yang kurang. Itu pun sempat singgah bazar Taman Suria, pusing-pusing beli makanan untuk berbuka dalam kereta kononnya. Tapi, tak sangka pula perjalanan jadi singkat sebab takde kenderaan sangat. 1 jam setengah je dah sampai. Maka sempatlah kami berbuka bersama-sama di rumah mak abah.

Malam raya tu sempat lagi kami main mercun dan bunga api. Yelah berseronok dulu la sebelum bertungkus lumus masak lauk raya. Kerja memasak jadi lebih cepat menggunakan pressure cooker. Periuk tekanan di rumah mak jenama Philips 5L je. Kecil tapi agak berguna lah.

Antara menu raya kami. Nasi impit, ketupat palas, rendang daging, kari ayam, lodeh, kuah kacang bersama babat dan sup merah gear box. Tu dia.. meriah betul menu. Tapi sebelum jam 12 dah siap semua tu. Maka dapatlah kami tidur awal tapi tak jugalah dapat tidur awal sebab meriah dengan bunyi mercun.


Pagi Syawal, tugas perempuan macam biasalah. Hangatkan lauk pauk dan hidangkan terus. Jadinya, siapa nak makan terus makan lah. Yang lelaki pula, mandi sunat hari raya dan bersiap untuk menunaikan solat sunat hari raya. 

Raya kali ni tema kami warna coklet. Pilih warna ni sebab ada orang bagi baju melayu pada Alif tahun lepas. Sayang kan, masih cantik. Lagipun tahun lepas baju ni gedoboh lagi, sekarang dah ngam dah tu. Hensem.


Kemudian, lepas orang lelaki balik solat hari raya kami ke khemah marhaban blok. Yang kelakarnya, kami ingatkan akan ada buat marhaban dari rumah ke rumah, rupanya tidak. Sekali je marhaban di khemah tu. Aduhai.. dah la saya balik awal sebab Azri ajak balik tiba-tiba. Saya pula ingat, nanti diorang datang juga bertandang, dapat bersalam mesra. Hahaha,..

Seronok ye memasing dalam poket penuh duit raya.


1 Syawal 1443H jatuh pada 2 Mei 2022. Terkena pada hari lahir Aisyah yang ke-10. Apa lagi, kita sambutlah sekali bagi memeriahkan lagi suasana. Azri lah paling semangat nyanyikan lagu 'happy birthday tou you'.


Ini sajalah cerita hari raya kami. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN pada semua.






Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Selamat Hari Raya Kak Mar sekeluarga..Mohon maaf zahirr batin ye....and Happy Birthday Aisyah. Moga jadi anak yang baik, pintar, sihat dan berjaya dunia akhirat... Amin..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code