Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Minuman Bijirin Oat Entrusol

Assalamualaikum

Minuman Bijirin Oat Entrusol | Hari selasa baru ni, lepas servis cik viva terus singgah Mydin. Azri ajak beli air. Gigih nau beli air masuk Mydin tapi mujur lengang sebab hari bekerja kan. Di luar entrance ada booth minuman bijirin. Seller bagi rasa 1 cup kecil. Kena pada tekak saya. Terus je tanya harga berapa.

Minuman bijirin oat ni ada 3 perisa iaitu perisa kurma + madu, kurma + pisang dan coklet + madu. Saya beli coklet dan pisang ni. Seller cakap ada offer, sekotak RM25 mengandungi 10 sachet. Pada saya agak mahal la berbanding jenama lain di pasaraya. Kalau beli 2 kotak dapat percuma snek bijirin. Ok, saya grab 2 kotak. Sejenis pantang nampak orang berjual kan, nak beli saja. Apa salahnya sama-sama berkongsi rezeki.


So far saya dah minum yang perisa kurma + pisang. Sedap sangat pada saya. Oat nya pun lembut je. Cara bancuhan ada tertera di kotak. 1 sachet bancuh bersama 180ml air panas. Tunggu sejuk baru minum. Panas-panas minum nanti melecur pula lidah kan.








Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wahhh.. xyah beli beli pisang buat campur campur.. Kan.. Nanti leh singgah.. huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code